SEARCH

MonoloQue & Aizat Mempersembahkan ‘Urusan Seri Paduka Baginda’

MonoloQue & Aizat Mempersembahkan ‘Urusan Seri Paduka Baginda’

MonoloQue melancarkan single dan muzik video, Urusan Seri Paduka Baginda (USPB) – Versi Agong. bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

USPB dinyanyikan bersama Aizat Amdan. Ia lagu kedua (selepas Chinta, bersama NJWA) yang turut akan dimuatkan dalam album ‘Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke-21) yang bakal disajikan akhir tahun ini.

Permulaan projek ini bermula kira-kira 15 tahun lalu, selepas Dato’ Ahmad Farid Abdul Jalal,  Pengarah Perbadanan Muzium Pahang mendengar sebuah lagu yang disulam bersama bunyi gamelan dalam album ‘Selamat Tinggal Dunia’ oleh Butterfingers. Dari situ Dato’ Farid amat tertarik dengan penggunaan gamelan bercampur muzik moden.

Aizat Amdan menjadi taruhan membawa lagu ini ke pentas yang lebih umum. Muzik video dan lagu ciptaan loQue sendiri, manakala lirik pula sumbangan Dato’ Farid, USPB menampilkan juga Orkes Gamelan Pahang Diraja dan penari dari Kumpulan Kesenian Pejabat SUK Pahang.

Lirik oleh Dato’ Farid itu dipena khas untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Menggambarkan betapa pentingnya baginda dan institusi beraja ini kepada keamanan dan kesejahteraan negara. Raja dan rakyat berpisah tiada. Berkat baginda memerintah secara adil dan bijaksana, negara membangun, gemilang dan saksama.

MonoloQue & Aizat Mempersembahkan Urusan Seri Paduka Baginda 1

“Seni budaya yang asli dan lama dipelihara, evolusi seni yang baru jangan dikongkong” –  loQue

Untuk nilai-nilai estetika pula, gamelan yang digunakan bukan saja diamati, didalami dan disanjungi loQue malah dia menjadikan gamelan itu sebagai elemen yang paling dominan, membuatkannya bukan sahaja relevan malah watak atau motif penting dalam menjayakan lagu ini serta album gamelan ‘Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di abad ke 21)’ .

Melodi Gamelan Ketawang yang dimainkan oleh Orkes Gamelan Pahang Diraja, menggunakan set gamelan asal turun temurun – yang pertama masuk ke Tanah Melayu sekitar 200 tahun lalu –  kini diadun sebati bersama muzik moden, sekaligus memberi nafas ganjil tapi unik di samping memberi satu perasaan serta ‘kesegaran’ yang sukar digambarkan dengan perkataan .

Dengan kerjasama FINAS, Muzium DiRaja dan Perbadanan Muzium Negeri Pahang, terhasillah sebuah muzik video dibawah arahan loQue. Berlatarkan Balairong Seri Muzium DiRaja, ia sangat memberi impak dari segi visual.

Tarian yang diubah suai mengikut landasan Tari Gamelan Tradisional, pereka tari Ker Yer Teng  amat berhati-hati ketika meng’kontempori’kan tarian gamelan tradisional di dalam muzik video itu. Agar ia selari dengan jiwa lagu ini, di mana tradisi dan kemodenan hidup bersatu tanpa segan silu, bahkan maju jaya bersama, seperti mana keadaan semasa sekarang.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE