SEARCH

#WEDNESDAYTRACKS: PREMIER MUZIK VIDEO TERBARU ‘CLOSER’ OLEH THE CHAINSMOKERS

#WEDNESDAYTRACKS: PREMIER MUZIK VIDEO TERBARU ‘CLOSER’ OLEH THE CHAINSMOKERS

intro-pic-the-chainsmokers

Setelah lama menunggu dan sekian ribuan kali diputar corong-corong radio, peminat kumpulan duo Elektro House, ‘The Chainsmokers’, akhirnya disajikan dengan keluaran muzik video terbaru ‘Closer’, lagu hits sensasi mereka bersama penyanyi wanita solo, Halsey.

Halsey yang juga menyinar di dalam muzik video ini, digambarkan sebagai bekas kekasih hati si jejaka senyuman manis, Andrew Taggart. Sedang hari siang mereka bergembira di sebuah pesta muda mudi, Halsey dan Andrew sempat menggamit semula kenangan dan mengimbas memori terindah perhubungan cinta mereka berdua.

Nampaknya The Chainsmokers memang gemar berganding suara dan berkolaborasi bersama penyanyi wanita solo, bukan? Sebelum ini mereka berganding lagu bersama Rozes untuk lagu ‘Roses’ (2015) sementara Daya untuk lagu ‘Don’t let me down’ (2016).

Terbaru, sebuah lagi lagu diberi judul ‘All We Know’ oleh kumpulan yang kuat pengaruh muzik trance ini bersama seorang lagi penyanyi wanita solo, Phoebe Ryan baru sahaja dilancarkan. Buat pertama kali saya mendengar, lagu ini seperti lanjutan kepada lagu ‘Closer’, cuma rentak dan tempo bermelodi lebih harmoni dan santai. Saya jangka lagu ini bakalan menjadi lagu hits sensasi, juga calon dimainkan radio-radio utama arus perdana.

Apa pun gandingan yang bakal diterajui The Chainsmokers pada masa-masa mendatang, saya harap muzik video untuk lagu berjiwa tenang terbaru mereka yang saya sangat suka ini, sekurang-kurangnya segera lah dilepaskan. Jangan biar lagi semua jadi penasaran, would you Mr Chainsmokers..?

Seat back, press play all tracks and stress free your Wednesday…Stailish people 🙂

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE