SEARCH

Nasir Bilal Khan & Fauziah Nawi Dalam Kisah Cinta Paling Psiko

Nasir Bilal Khan & Fauziah Nawi Dalam Kisah Cinta Paling Psiko

Kekasih_Shortfilm_POSTER_STAILMYFilem: Kekasih
Pengarah: Diffan Sina Norman
Pelakon: Nasir Bilal Khan / Fauziah Nawi
Verdik: 5/5

Mindfuck! Itu perkataan pertama usai saya menonton filem pendek ini. Saya tidak tahu siapa Diffan Sina Norman ini tetapi yang saya hampir pasti dia peminat Michel Gondry. Semangat Gondry sangat kuat dalam pengarahan, idea dan justifikasi Kekasih.

Filem ini sebuah filem cinta tetapi bukan filem cinta yang dipenuhi ayat-ayat cinta, kasih sayang dan air mata. Tetapi kisah cinta ini jauh membawa idea – how deep is your love and how crazy you can be when you really love someone.

Selepas kematian isterinya Rozita, Dr. Mansor cuba meneruskan chemistry yang ada dengan menghidupkan kembali semangat isterinya menerusi satu eksperimen yang saya kira hanya dia sahaja yang faham.

Dan apa yang menggantikan jasad isterinya? Sekuntum bunga yang ditanam dengan DNA arwah isterinya. Darah, rambut dan air liur. Mansor menyanyi lagu kegemaran mereka pada bunga tersebut dan di sini Diffan bermain dengan metafora atau perlambangan.

Nasir Bilal Khan awesome dan cukup bernyawa memberi yang terbaik bagi perwatakan Mansor. Hebat, saya tak pernah lihat Nasir dalam skala lakonan begini. Gerak gerinya tidak kekok sekalipun saya kira semasa penggambaran dia tidak punya idea menyeluruh pun tentang end product filem pendek ini.

Saya tidak tahu sama ada Diffan menulis dan menyudahkan filem ini dalam keadaan dia high atau apa. Tetapi ini bukan hasil biasa yang karyawan Malaysia boleh lakukan. Saya sukakan babak hujung filem ini apabila eksperimen Mansor menjadikannya seekor burung.

diffan-fauziahnawi-staimy
Fauziah Nawi bersama Diffan Sina Norman

Saya cuba fahamkan maksudnya tapi masih gagal. Cuma saya anggap itu tanda cintanya Mansor pada Rozita. Saya menyeru semua rakyat Malaysia menonton filem pendek ini kerana keberanian Diffan memberi sesuatu yang luar biasa.

Kita perlukan tiga atau empat lagi Diffan dalam industri filem lokal supaya lebih warna dan lebih thrill lagi karya-karya lokal. Dan buat yang mahu menonton silalah monontonnya secara percuma di http://www.kekasihthefilm.com/ dan tontonlah berkali-kali serta suruhlah kawan-kawan, kakak, abang, ibu, ayah dan sanak-saudara anda menonton filem ini. Jadikanlah ia viral kerana this piece deserve a huge shout out! Kalau tak bagus it won’t be selected as one of Sundace Film Festival yang pastinya.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE