SEARCH

#10STAILISHROOMS Party Yang Sangat Gah Hingga Tular

#10STAILISHROOMS Party Yang Sangat Gah Hingga Tular

Pertama yang saya boleh katakan, parti #10STAILISHROOMS yang berlangsung serba meriah di Acme Bar & Coffee, Pavilion Kuala Lumpur pada 4 Mei 2018 (Jumaat) yang lalu berjaya sehingga tular di merata-rata laman media sosial utama.

Penampilan Neelofa yang lengkap dalam sepersalinan busana oversized berona jingga berani Marc Jacobs, hangat menjadi perbualan ramai. Tentunya tidak boleh lari daripada perhatian warganet, baik dari pandangan positif, mahupun negatif.

Bagi kami, ini semua baik untuk pendedahan (exposure) STAIL.MY dan #10STAILISHROOMS. We just don’t care. Kamu tahu parti kamu sukses jika terus-terusan diperkatakan orang. Ini lah rencam dunia digital dan fesyen, jadi jangan terkejut sangat ya.

PERSIAPAN SEBELUM PARTI BERMULA…

Sebelumnya, Neelofa ditatarias oleh pengarang fesyen kami sendiri, Ardi Idewani Zaini dan dibantu oleh jurugaya hijab, Didiyana Ehsan serta disolek molek oleh Bosco di JW Marriot KL selaku penginapan rasmi.

Di bilik yang lain, lima lagi personaliti termasuk gadis STAIL.MY dan Fresh Face 2018, antaranya Whulandary dari Indonesia, Tasha Shilla, Niena Azman, Khainina Khalil dan Annees Sofea sedang sibuk kami siapkan.

Mereka semua disolek oleh sepasukan jurumekap profesional dari NARS. Ketiga-tiga Fresh Face digayakan dalam DKNY dan Tasha Shilla dalam Ezzati Amira. Ain Edruce dan Yusof Hashim (Ucop) datang sedikit lewat malam itu, namun tetap slayyy the party dalam Khoon Hooi dan UNIQLO.

#10STAILISHROOM TOUR

Tepat jam 5 petang, kami semua termasuk Neelofa dan semua KOL turun ke ruang lobi JW Marriot KL. Tiga Toyota Alphard sudah pun menanti. Kemudian rombongan stailish ini bergerak ke Pavilion KL untuk memulakan #10STAILISHROOMS Tour yang bermula dari aras 6 sehinggalah tamat di Acme Bar & Coffee.

Rombongan ini singgah dan bergambar dengan penuh stail di beberapa bilik #10STAILISHROOMS, antaranya ‘Nature Room’, ‘Fantasy Room’, ‘Doodle Room’, ‘Beauty Room’, ‘Graffity Room’ dan tentunya ‘Stailish Room’. Neelofa sempat menampal pelekat STAIL.MY, sebagai simbolik perasmian #10STAILISHROOMS.

DAN PARTI #10STAILISHROOMS PUN BERMULA

Kehangatan malam parti bermula sejak siang hari. Kelihatan ruang lokasi sudah pun mula dihadiri dan dipenuhi tamu. VVIP, selebriti papan atas, key opinion leader (KOL) serta tetamu undangan tersenyum-senyum sambil menghayunkan bahu mengikut rentak muzik yang dimainkan.

DJ Ashley Lau dengan rambut merah jambunya rancak melantunkan senarai main lagu-lagu hits era 90’an dan awal 2000 yang Ardi susunkan. Masing-masing tak kalah hebat dengan busana-busana cool dan seleksi pakaian yang bertemakan ‘stailish’.

Masa yang dinanti, sudah pun tiba. Ketua Pengarang STAIL.MY, Azreezal Hafidz muncul dan mencuri lampu sorot malam. Dengan alis mata yang membunuh, Reezal membuat ucapan, mengalu-ngalukan kedatangan tetamu dan berbesar hati bagi pihak STAIL.MY kerana sambutan #10STAILISHROOMS yang begitu meriah.

Setelah kata-kata aluan dilunaskan, terbit pula montaj pengenalan yang mempersembahkan #10STAILISHROOMS kepada mata-mata tamu yang memandang. Agar mereka faham dan resapi tujuan #10STAILISHROOMS diadakan dan dijalankan.

Belum pernah lagi dalam sejarah, pengunjung Pavilion KL yang lalu lalang berhenti di luar Acme Bar, merakam dan menyaksikan kemeriahan #10STAILISHROOMS party yang berlangsung. Kehadiran HLive turut menggamatkan suasana.

Tetamu pun tidak betah melepaskan peluang, memulakan kembara #10STAILISHROOMS bagi mendapatkan kesepuluh-kesepuluh cop yang tersedia. Tak sabar-sabar mereka menjadi yang pertama bergambar dan swafoto di bilik-bilik stailish, pertama umpamanya di Malaysia ini.

Baiklah, sebelum menutup tinta. Terima kasih kami ucapkan kepada barisan penaja utama seperti UNIQLO, Bonia dan Shiseido Professional serta Pavilion KL selaku lokasi rasmi. Radio rasmi, iM4U.fm dan penginapan rasmi, JW Marriot KL.

Tidak lupa juga kepada artis-artis, KOLs dan tetamu yang bertandang serta sidang redaksi dan pemasaran STAIL.MY atas usaha, penat dan lelah kalian menjayakan #10STAILISHROOMS. Tanpa kamu, semua ini tidak akan berlaku.

ANTARA TETAMU YANG MENGHADIRI #10STAILISHROOMS PARTY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE