SEARCH

Tak Ingin Digelar ‘Syok Sendiri’, Neelofa & Nabil Tarik Diri Dari AME 2019

Tak Ingin Digelar ‘Syok Sendiri’, Neelofa & Nabil Tarik Diri Dari AME 2019

Nabil Ahmad dan Noor Neelofa rasmi mengundurkan diri daripada bertanding dari sebarang pencalonan di Anugerah Meletop Era 2019 (AME 2019).

Penganjuran edisi keenam ini turut menyaksikan selebriti lelaki lebih menyerlah berbanding selebriti wanita dengan pencalonan akhir terbanyak di fasa pertama yang ditutup secara rasmi pada 8 Mac lalu.

10 TRIVIA PENCALONAN AKHIR AME 2019

1.

Pasangan hos program ‘MeleTOP’ iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam ‘AME 2019’. Namun begitu, mereka masih kekal sebagai pengacara #AME2019 bersama Jihan Muse.

Selepas undian fasa pertama ditutup, Nabil Ahmad disenarai pendek untuk pencalonan akhir bagi kategori ‘Hos MeleTOP’. Manakala Neelofa pula tercalon untuk dua kategori iaitu ‘Fesyen MeleTOP’ dan ‘Hos MeleTOP’.

3.

Dengan keputusan itu, selebriti dengan undian tertinggi selepas Nabil dan Neelofa secara automatik diputuskan untuk mengisi senarai pencalonan akhir ‘AME 2019’ bagi kategori berkenaan.

4.

Bagi memastikan ketelusan penganjuran #AME2019, badan audit bertauliah W.L. Chong & Associates dilantik untuk menyelia sebarang keputusan yang melibatkan undian orang ramai.

5.

Remy Ishak, Syafiq Kyle, Zizan Razak dan Fattah Amin mendominasi pencalonan akhir untuk tiga kategori individu.

6.

#AME 2019 menyaksikan persaingan sengit di antara aktor Remy Ishak dan Syafiq Kyle yang tercalon untuk tiga kategori individu yang sama iaitu ‘Fesyen MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.

7.

Dua naskhah lakonan Remy Ishak iaitu ‘Pulang’ dan ‘Lelaki Kiriman Tuhan’ turut tercalon menerusi kategori ‘Filem MeleTOP’ dan ‘Drama MeleTOP’ manakala drama lakonan Syafiq Kyle berjudul ‘Tak Ada Cinta Sepertimu’ turut tercalon menerusi kategori ‘Drama MeleTOP’.

8.

Fattah Amin pula tercalon menerusi kategori ‘Bintang Filem MeleTOP’, ‘Pelakon TV MeleTOP’ dan ‘Fesyen MeleTOP’ serta pencalonan bersama isteri, Nur Fazura menerusi kategori ‘Couple MeleTOP’. Drama lakonan Fattah Amin berjudul ‘Dia Anak Jeneral’ turut tercalon dalam kategori ‘Drama MeleTOP’.

Sementara itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Sufian Suhaimi dan Haqiem Rusly turut tercalon untuk dua kategori yang sama iaitu ‘Penyanyi MeleTOP’ dan ‘Lagu MeleTOP’ masing- masing dengan lagu hits mereka, ‘Anta Permana’, ‘Di Matamu’ dan ‘Jatuh Bangun’.

10.

Tidak ketinggalan, kolaborasi mantap komposer dan penyanyi popular, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah turut diangkat menerusi dua kategori iaitu ‘Lagu MeleTOP’ dan ‘Group/Duo MeleTOP’ menerusi lagu ‘Haram’.

#AME 2019 merekodkan permulaan cemerlang dengan peningkatan jumlah undian fasa pertama tertinggi sebanyak 116% berbanding edisi sebelum ini. Ini membuktikan acara anugerah ini masih relevan dan diterima baik oleh peminat hiburan tanah air. Proses undian dilakukan sepenuhnya melalui laman web rasmi #AME2019.

Ia platform anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada mereka untuk menentukan pemenang bagi kesemua 16 kategori pencalonan yang dipertandingkan. Untuk peringkat ‘Top 5’, tarikh tutup undian SMS ditutup sehingga 21 April 2019 jam 12 tengah hari.

#AME2019 bakal mengetengahkan tema “Glam” penuh gemerlapan dengan tagline “Yang Legit, Yang Legend” yang dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019 jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE