SEARCH

NEO-DISIDEN: Teater Tragedi Brutus Karya William Shakespeare Arahan NamRon

NEO-DISIDEN: Teater Tragedi Brutus Karya William Shakespeare Arahan NamRon

Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan bangganya bakal mementaskan teater NEO-DISIDEN yang mendapat inspirasi daripada ‘Tragedi Brutus’ dari karya sasterawan William Shakespeare.

Pementasan ini akan diadakan selama tiga hari bermula dari 19 hingga 21 Julai 2019 jam 8.30 malam di Panggung Eksperimen, Aswara.

Naskah nukilan Siti Jasmina Ibrahim ini adalah arahan bersama oleh NamRon dan Khairunazwan Rodzy. Dijayakan bersama gabungan nama-nama pengiat seni yang terdiri daripada graduan dan alumni ASWARA yang telah mencipta nama dalam industri seni negara.

Antaranya Amerul Effendi, Rosdeen Suboh, Taiyuddin (Sallehuddin Abu Bakar) Along Eyzenndy, Akmal Ahmad dan beberapa nama baru yang aktif dalam seni lakonan sama ada teater mahupun perfileman.

Neo-Disiden diberi olahan baru dan diperkembangkan isunya bersesuaian dengan latar sosial dan konteks tempatan serta budaya Malaysia.

‘NEO-DISIDEN’ mengisahkan tentang konflik, pertentangan dan pertempuran ideologi antara Brutus dan Cassius yang cuba mencari erti sebuah perjuangan. Pertembungan ideologi Caeser, Brutus dan Cassius memperlihatkan persahabatan, persengketaan dan kesetiaan yang akhirnya mengorbankan maruah.

Tiket NEO-DISIDEN dijual pada harga RM55/RM35 untuk orang awam dan RM25 untuk pelajar.

NEO-DISIDEN

Tarikh : 19 Julai - 21 Julai 2019  
Masa   : 8:30 malam  (19-21 Julai)
       : 3:30 petang (20-21 JulaI)
Tempat : Pangggung Eksperimen, ASWARA

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE