SEARCH

20 Filem Yang Saya Tonton Berlatarkan New York & Menerbitkan Rasa Mahu Ke Kota Epal Itu! You Feel It Too?

20 Filem Yang Saya Tonton Berlatarkan New York & Menerbitkan Rasa Mahu Ke Kota Epal Itu! You Feel It Too?

What is it about New York that I (or rather people) like? Kota metropolitan yang besarnya lebih daripada 300 batu persegi yang membuatkan rasa tak puas kalau berjalan satu hari – masakan The Met Museum pun mengambil masa dua hari untuk mengamati setiap satu khazanah yang tersimpan dalam gedung gah dua tingkat itu. Dengan tembok-tembok batu, konkrit bangunan serta debu-debu menyuasanai belukar bandar raya tersebut dan kerencaman orang-orangnya, menjadikan New York itu New York!

Selepas permintaan visa pelancong sepuluh tahun, sesudahnya menarung langit selama 24 dengan pertukaran dua jentera udara, sampai juga menapak kaki di New York pada bulan September tahun lepas. Saya sendiri tidak menjangkakan yang saya akan berkelana sampai ke New York, atas perbelanjaan dan pengurusan sendiri. “For real?” Soal saya pada diri sendiri. Yes, it was real. Ia bukan lagi mimpi kalau saya bertemu terpugau di depan mata, dengan insan yang saya kagumi yakni Grace Coddington.  

Saya akui bukan saya sahaja, namun sesiapa pun yang pernah pergi atau memasang hasrat untuk ke kota New York pasti dibayangi oleh gambaran filem-filem antarabangsa yang berkisarkan atau berlatarkan New York. Bukan? Ya, saya salah seorang yang berakal sebegitu. Lol! Memetik dialog dalam drama siri High Maintenance (yang meriwayatkan kehidupan New York), “Sometimes you just put on headphones and you’re walking around the city. It’s like you’re in a movies.”

Malah sedari kecil, saya sudah didedahkan dengan filem-filem bertemakan New York dan pada waktu itu lagi saya pernah berfikir untuk ke kota epal tersebut. Tidak sangka pula setelah 20 tahun, impian saya terlaksana. Sebaik pulangnya saya dari New York, saya masih terkenangkan kota itu and I realize that, I love New York!

Saya ingat lagi filem The Talented Mr. Ripley yang saya tonton dahulu. Saya tertarik dengan babak Tom Ripley lakonan Matt Damon yang sedang asyik mendengar lagu-lagu jazz dalam apartmen New York-nya. Kemudian, babak Tom Ripley bersedia untuk ke Itali, menaiki tangga apartmen New York itu untuk sambil menjinjit beg bagasi untuk dijemput oleh pemandu Herbert Greenleaf dengan treatment syot yang kelihatan dingin, benar-benar membangkitkan rasa untuk ke New York. Just to have a taste of it.

New York Films

 

Dan sudah tentu drama siri dan filem Sex & The City adalah contoh unggul yang menguatkan rasa melancong ke New York. Babak ikonik empat sekawan – Carrie, Miranda, Samantha dan Charlotte – yang sering berjalan seiringan di laluan jalan kaki sementelahan suasana sibuk kota New York melatari syot tersebut. Sehinggakan apartmen Carrie Bradshaw pun sudah menjadi mercu tanda signifikan di New York – menjadi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar dan sebagainya.

Jadi kebetulan kebanyak filem yang saya pernah tonton sebelum-sebelumnya bertemakan dan berlatarkan New York. Sama ada mengisahkan New York sebagai subjek utama, atau yang mengungkai kisah cinta di kota tersebut mahupun fasal kehidupan orang di sana. Filem-filem ini secara peribadinya antara yang membuatkan saya mahu ke New York dan ada antaranya juga mengingatkan kembali memori New York saya tahun lepas. I don’t know about you, maybe you can watch these movies to get inspired?  Inilah 20 filem hasil tontonan saya sebelum-sebelum ini yang menyimpul sandiwara kota New York sebagai rujukan kamu!

20 FILEM BERTEMAKAN NEW YORK PILIHAN SAYA! 

The intern (2015)

Filem The Intern membuat penggambaran di sekitar Brooklyn. The whole idea pejabat About The Fit milik Jules lakonan Anne Hathaway dengan binaan daripada batu-bata, suasana apartmen Jules juga tempat tinggal Ben lakonan Robert De Niro dan sekolah Paige (watak anak Jules)… mengimbau kembali suasana di Brooklyn!

when harry met sally (1989)

Filem When Harry Met Sally benar-benar menggambarkan New York. Babak mereka berdua – Harry yang dilakonkan oleh Billy Crystal dan Sally lakonan Meg Ryan – berjalan-jalan di Central Park sewaktu musm luruh, syot penggambaran di sekitar Manhattan dan yang paling terkesan adalah lokasi Katz Delicatessen di mana Sally bersama Harry pergi untuk makan malam di sana. Saya semasa di New York, saya mencari-cari diner Katz Delicatessen ini sehinggalah menjumpainya.

TRAINWRECk (2015)

Watak Amy lakonan Amy Schumer adalah penulis untuk majalah lelaki dan si gila parti. Lokasi paling sesuai untuk menggambarkan karakter ini adalah… sudah tentulah New York! Babak-babak Amy di kelab malam, bersiar-siar bersama adiknya Kim lakonan Brie Larson di Central Park, semua itu bagaikan intipati yang cukup untuk menterjemahkan kehidupan seorang New Yorker. 

UNFAITHFUl (2002)

Connie yang diterajui oleh Diane Lane tinggal di kawasan kejiranan Westchester, mengembara ke Manhattan menaiki tren dan bertemu dengan Paul lakonan Oliver Marinez, si handsome stranger. Saat menonton babak Connie berlari di Grand Central Station, singgah ke apartmen Paul di Mercer Street dan Connie dengan Paul berlari-lari di East Village, telah merasuk sanubari! Malah Cafe Noir di mana Connie dan Paul bertemu secara rahsia pun menjadi salah satu lokasi yang saya cari ketika di New York.

BEFORE WE GO (2014)

 Filem Before We Go inilah antara ‘punca’ yang mendorong saya ke New York. Bayangkan, jalan ceritanya adalah 24 jam di kota New York – bermula dari Grand Central Station, kemudian mengitari New York, do stupid things – membangkitkan rasa mahu mengembara kota epal ini. Babak Chris Evans dan Alice Eve makan di diner Cup & Saucer di Chinatown juga menarik tumpuan saya untuk mencari lokasi tersebut ketika di New York. And I found the place! Sayangnya, dengar kata Cup & Saucer baru saja ditutup tahun ini.

WALL STREET (1987)

Filem paling ikonik, intense dan antara yang paling tepat memerihalkan New York.Wall Street, filem cult classic sehingga mempengaruhi orang-orang umum untuk bekerja sebagai broker saham. Saya menonton filem ini semasa kecil lagi – walaupun kurang faham fasal saham masa itu – dan didedahkan dengan suasana sibuk bukan kepalang di New York. Dengan gaya-gaya watak Michael Douglas dan Charlie Sheen bersut, berlatarkan zaman Great Depression… langsung semasa di New York, saya singgah ke bangunan New York Stock Exchange.

Serendipity (2001)

Secara jujurnya, saya cari kafe Serendipity di New York, namun tak jumpa-jumpa. Kafe di mana John Cusack dan Kate Beckinsale dalam filem Serendipity membincangkan apakah perkataan yang mereka suka dengar. Filem ini juga mendorong saya untuk kembara ke New York dan membuat saya terfikir, ‘Bagaimana agaknya rupa New York menjelang Krismas?’ Babak yang paling saya suka adalah ketika pertemuan pasangan ini di gelanggang ais di Central Park dan salji-salji kecil turun. Love!

NEW YORK, I LOVE YOU (2008)

Filem antologi yang mengisahkan percintaan di New York bersama barisan pelakon-pelakon hebat. Secara peribadi, untuk mereka yang kepingin ke New York, bolehlah menonton filem ini sebagai starter pack. Literally, filem New York, I Love You menceritakan suasana kota epal ini secara menyeluruh siap dengan salah satu watak itu menggambarkan lagi mengapa dia sangat sukakan New York.

MANHATTAN (1979)

Saya menonton filem Manhattan ini dahulu kerana dua sebab. Satu kerana ia arahan Woody Allen dan yang kedua kerana saya ingin tahu bagaimana suasana moden akhir 70an di New York. Saya rasa filem ini antara filem stailish pernah saya tonton! Watak Diane Keaton paling saya suka kerana dia memerikan watak seorang New Yorker. Sudah tentu ada babak di Central Park, kemudiannya syot penggambaran di muzium MoMa dan Queenboro Bridge yang mempertaruhkan kebijaksanaan Woody dalam mencipta momen di New York.

MAID IN MANHATTAN (2002)

Pada zaman millenium atau awal 2000, kita banyak didedahkan dengan filem-filem romantik komedi yang berlatarkan New York. Saya membesar dalam zaman itu dan barangkali kerana itulah saya memasang impian ke New York, kot. Salah satu lagi filem yang bermain dengan perasaan saya adalah Maid In Manhattan. Duh! Lokasi pula di Waldorf Astoria Hotel dan muzium Met, binaan yang sangat ikonik di New York.

KILL YOUR DARLINGS (2013)

 

Mengungkai kisah Allen Ginsberg, Jack Kerouac, Lucien Carr dan kisah pembunuhan di Riverside Park, Manhattan. Pabila menonton filem Kill Your Darlings yang memutarkan masa ke era 40an di New York juga di Columbia University yang sangat dikenali, ia benar-benar membawa saya balik ke zaman itu. Membuatkan saya tertanya-tanya, “How it feels to be in New York, during that era?” Tambah-tambah lagi, filem ini sangat stailish dan saya sangat suka penggayaan pakaian watak-watak yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe, Dane Dehaan dan Jack Huston.

IN AMERICA (2002)

Filem yang sangat sedih, In America yang mengisahkan satu keluarga asal Ireland berpindah ke New York untuk membina kehidupan di bumi Amerika. Lokasinya di Hell’s Kitchen yang berlatarkan apartmen serba kekurangan – Hell’s Kitchen kini adalah antara tempat paling happening di New York. Melihat kesusahan kedua-dua ibu bapa itu mengendong, membimbing anak-anak mereka ke hulur ke hilir di sekitar New York cukup menyayat hati. It got me thinking, “Could this be the way to make it in America.”

THE DEVIL WEARS PRADA (2006)

Juga tergolong dalam senarai filem cult classic. Siapa tidak tahu The Devil Wears Prada yang membuka mata orang fasal dunia permajalahan. Masa itu kita diperkenalkan dengan pelakon Emily Blunt, menyaksikan kematagan Anne Hathaway dan kehebatan Meryl Streep. Watak Andie yang berhijrah ke New York untuk bekerja dengan majalah fesyen… ia berjaya meresapkan cita-cita itu ke dalam minda saya setelah menonontonnya!

HOW TO BE SINGLE (2016)

Ironinya, saya menonton filem ini dalam kapal terbang sebelum tiba di New York. Melihat watak-watak yang dipegang oleh Rebel Wilson, Dakota Johnson, Alison Brie dan Leslie Mann meneraju watak perempuan single yang bermukim di New York, menyaksikan watak Alice dan Robin sering beria-ria setiap malam dan living the life, ia membangkitkan perasaan seronok hidup sebegitu di kota yang begitu gah.

HOME ALONE 2 : LOST IN NEW YORK (1992)

Satu lagi filem starter pack sekiranya ingin ke New York – Home Alone 2 : Lost In New York yang saya tonton masa kecil dahulu. Macaulay Culkin memegang watak Kevin McCallister sesat ketika di New York kerana salah menaiki kapal terbang lalu mengitari bandar raya tersebut. Babak Kevin menaiki teksi kuning melalui jambatan Brooklyn, pergi ke atas bangunan World Trade Center, ke Plaza Hotel dan berada di Empire Diner, filem ini menyimpul semua fasal New York.

FAME (1980)

Filem yang menginsipirasikan orang untuk melanjutkan pelajaran ke New York dalam bidang seni tari, filem, lakonan dan penglibatan dalam muzikal Broadway. Filem Fame yang mengirai kisah anak-anak muda nakal, ligat dan lasak dalam bidang seni. Babak mereka menari di jalanan Broadway di Manhattan, membuatkan saya sendiri mahu rasa carefree sebegitu.

DATE NIGHT (2010)

Ok, filem Date Night ini sangat kelakar dan saya tdak pernah bosan mengulang menontonnya. Pabila meletakkan Tina Fey dan Steve Carrell dalam satu filem, hasilnya memang menggelikan hati. Yang menariknya fasal filem ini juga adalah ia berlatarkan suasana malam di New York yang sibuk malah tidak pernah ‘tidur’ dan terbayang-bayang atmosfera itu dalam minda. Tetapi memang betul pun, New York tidak pernah ‘tidur’ dan ada saja agenda!

BROOKLYN (2015)

Ingin tahu bagaimana keadaan Manhattan dan Brooklyn pada tahun 50an? Kerana curiosity itu, saya tonton filem yang tercalon dalam Academy Awards ini yakni Brooklyn. Saoirse Ronan, si pendatang dari Ireland meninggalkan bumi asal dan pindah menetap di Brooklyn untuk mencari rezeki. The fashion, the emotions… everything describes perfectly about Brooklyn in the 50s. 

BOYS IN THE BAND (1970)

The Boys In The Band mengungkai dunia bebas homoseksual pada 70an di kota New York. Pabila menonton filem yang diarahkan oleh William Friedkin ini yang menunjukkan gaya hidup gerombolan lelaki muda berkumpul, berdrama di apartmen di Upper East Side membuka mata saya fasal New York antara salah satu tempat yang sangat liberal dan menerima sesiapa pun tanpa mengira status atau orientasi seseorang itu.

black swan (2010)

Satu lagi filem yang berkisarkan dunia seni tari dan antara karya Darren Aronofsky yang paling saya suka. Black Swan telah memenangkan Natalie Portman menggondol anugerah Best Actress di Academy Awards. Filem ini yang memerihalkan penari-penari balet dengan latar lokasi akademi balet dan Lincoln Center, mengingatkan satu pertemuan saya dengan hostess restoran Mexico di SoHo yang juga penari balet di New York. Katanya pada saya, “Susah untuk menjadi penari balet terbaik di sini. You have to be the best of the best.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE