SEARCH

Nick & Simon Curah ‘Kasih Sayang’ Terhadap Malaysia!

Nick & Simon Curah ‘Kasih Sayang’ Terhadap Malaysia!

Terbang jauh dari Belanda, bekas juri The Voice Holland, Nick (35) dan Simon (34) tiba di Kuala Lumpur bagi melancarkan single tunggal mereka, Kasih Sayang sempena lawatan ke Malaysia!

Lawatan istimewa ini adalah sebahagian daripada rangka dokumentari jelajah muzik mereka mengenai kembara dan muzik seluruh dunia yang diberi judul ‘Nick & Simon: The Dream’. Mereka menulis ‘Kasih Sayang’ dengan sepenuh hati khas untuk rakyat Malaysia bersempena penggambaran dokumentari ini.

‘Kasih Sayang’ adalah hadiah ikhlas dari Nick & Simon untuk Malaysia.

Paling menarik, Malaysia adalah negara Asia pertama yang dijejaki penyanyi duo yang sangat terkenal di Belgium dan Belanda ini. Cukup membanggakan, Nick dan Simon memilih Malaysia kerana tertarik dengan keunikan dan keberagaman budaya yang terdapat di negara kita.

Nick & Simon Curah Kasih Sayang Terhadap Malaysia! STAIL.MY

Sedikit pengenalan, Nick dan Simon menyanyi secara duo dan sudah bertaraf penyanyi senior di negara mereka. Kedua-duanya pandai menyanyi dan Nick mahir bermain gitar. Muzik mereka digambarkan sebagai muzik pop dengan pengaruh lagu-lagu rakyat. Aset utama Nick dan Simon adalah vokal mereka yang harmoni. Mereka terinspirasi oleh penyanyi duo legenda dari Amerika Syarikat, Simon & Garfunkel.

Selain berbakat, Nick dan Simon juga terkenal sebagai personaliti realiti televisyen di negara kincir angin dan bunga tulip itu. Mereka mendokumentasi perjalanan muzik dan juga kehidupan mereka untuk tontonan umum. Selain itu, Nick dan Simon juga pernah menjadi juri dan jurulatih bagi program realiti terkenal, The Voice Holland.

Di tempoh tujuh tahun yang lalu, mereka telah mengembara ke seluruh pelosok dunia untuk siri dokumentari ‘The Dream’ dan untuk musim ke-8, ia akan dikhususkan untuk Malaysia. Dokumentari ini terdiri dari 8 episode dan bakal menjalani penggambaran sepenuhnya di beberapa lokasi di Malaysia. ‘The Dream’ akan disiarkan di Belanda.

Lokasi-lokasi di Malaysia yang akan diterokai seperti Kuala lumpur, Melaka, Johor dan Kuching, Sarawak. Mereka ingin mengetahui segala-galanya tentang muzik di Malaysia. Nick dan Simon akan bertemu dengan pemain-pemain muzik tempatan dan merakam esen muzik di negara kita yang kaya dengan budaya. Dan tentu sahaja, mereka juga ingin merasai bermain muzik di jalanan Kuala Lumpur, sehingga sebesar-besar pentas muzik yang terdapat di Malaysia.

Selain aspek muzik, Nick dan Simon juga akan memperlihatkan kepada penonton-penonton di Belanda tentang keindahan dan tarikan istimewa yang terdapat di Malaysia – melalui pengalaman yang dilalui mereka sendiri – sepanjang proses penggambaran ‘The Dream’.

Bagaikan bunga tulip yang mahu berkembang di kebun bunga raya, Nick dan Simon berharap dapat menikmati Malaysia dalam kaca mata mereka sendiri.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE