SEARCH

City Night Drive Feels! 8 Lagu Playlist Kala ‘Bercengkerama’ Malam-Malam

City Night Drive Feels! 8 Lagu Playlist Kala ‘Bercengkerama’ Malam-Malam

Night drive adalah detik yang paling saya suka. Memandu mengitari metropolitan seperti tak bertujuan, lebih-lebih lagi nak dekat waktu malam hujung minggu seraya mata memandang jauh pada landskap kota yang ditemani jutaan sinar memancut keluar dari bangunan-bangunan gah atau pencakar langit dan menghidupkan keindahan angkasa. Cahaya-cahaya lampu jalan serta lampu kereta yang terkadang samar-samar dan terkadang menyilaukan mata, mendamaikan rasa.

city night drive song playlist

Bertambah puas lagi pabila gerimis berenyaian, membasahi tingkap kereta… ooh, feels! Rasa seperti ‘terasing’, the moment your FOMO turns to JOMO. Suasana ini adalah yang terbaik! Seandainya kamu faham, pasti kamu tahu apa yang cuba saya sampaikan di sini, kan? Membangkitkan rasa eksplorasi diri, mengenangkan sesuatu, membuatkan fikiran jauh melayang dan ada ketikanya membenihkan perasaan tak berhenti berharap.

Keterujaan itu tidak berakhir di situ sahaja. Bagi menguatkan mood itu, gandakan rasa dengan disaingi lagu-lagu yang bisa menyempurnakan keseluruhan suasana night drive. It’s like the soundtrack-of-your-life. Lagu-lagu yang (pendapat peribadi saya) setelah didengari, seperti menggambarkan vista malam hari di metropolitan. Jadi, lagu-lagunya yang bagaimana? Inilah senarai 8 lagu playlist untuk diserasikan dengan detik city night drive!

1. THE PAPER KITES - GIVE ME YOUR FIRE, GIVE ME YOUR RAIN

Bukan lagu ini sahaja, malah kebanyakan trek hasilan kugiran asal Australia ini, yakni The Paper Kites adalah pilihan sempurna untuk soundtrack malam hari di metropolitan. Namun, kami memilih lagu ‘Give Me Your Fire, Give Me Your Rain’ kerana melodinya seakan-akan mencerminkan ‘bright-lights-big-city-energy’, dan tambahan, muzik videonya pun berlatarkan kota New York pada malam hari. They read my mind. 

2. TIMECOP1983 FEAT. THE BAD DREAMERS - BACK TO YOU

Permulaan muzik video lagu ‘Back To You’ nyanyian kumpulan Timecop1983 yang menampilkan kolaborasinya bersama The Bad Dreamers sahaja pun sudah cukup menggambarkan metropolitan – bunyi siren dan the downtown hustle bustle sound. Rentak muziknya pula bercorakkan synthwave 80an, genre muzik yang sangat sesuai dengan suasana night drive. Percayalah.

3. HONNE - I CAN GIVE YOU HEAVEN (ACOUSTIC LATE NIGHT MIX VERSION)

Bukan yang asal, tetapi secara spesifiknya late night acoustic version ya! Suara acuh tak acuh Andy Clutterback yang diiringi mainan piano yang sepertikan membuatkan kita rasa lapang longlai sebaik mendengarnya. Lagu ‘I Can Give You Heaven (Acoustic Version)’ yang dipersembahkan oleh duo Honne ini tidak terkecuali daripada senarai lagu-lagu night drive.

4. STREETS OF ROYA - PRISONER

Ada sesuatu tentang melodi atau rentak lagu ‘Prisoner’, nyanyian Streets Of Roya ini yang seolah-olah menggambarkan optimisme dan harapan. Bayangkan kamu mendengar lagu ini bila menjelang larut malam. Just imagine.

5. PUMA BLUE - MIDNIGHT BLUE

Melodi yang seksi, dengan petikan gitar yang pada awalnya kedengaran relaks. Tambahan pula, suara Jacob Allen atau Puma Blue yang membuatkan kita rasa diulit oleh sensuality, pabila digambarkan pada suasana malam hari di metropolitan… ia sangat-sangat ‘hidup’. Selain ‘Midnight Blue’, kami saran kamu untuk mendengar lagu-lagu Puma Blue yang lain seperti ‘Lust’ dan ‘Moon Undah Water’. Feels-nya sama!

6. CHET BAKER - YOU DON'T KNOW WHAT LOVE IS

City night drive takkan lengkap tanpa ada runut bunyi berentak jazz! Sebagai permulaan untuk menyukai muzik jazz, saya cadangkan lagu-lagu Chet Baker. Hampir semua lagunya sedap didengar dan paling kami suka adalah rendisi ‘You Don’t Know What Love Is’ oleh Chet.

7. VANCOUVER SLEEP CLINIC - FLAWS

Detik di mana lagu ‘Flaws’ nyanyian Vancouver Sleep Clinic keluar dimainkan dalam salah satu babak filem ‘Before We Go’, serta-merta kami mahu menjadikan lagu ini sebagai night drive playlist. Semuanya ditafsirkan dengan baik sekali – filem ‘Before We Go’ yang memerihalkan kisah cinta satu malam di kota New York dan diakhiri oleh lagu ‘Flaws’, kesudahan yang sempurna. How can we say no to this song?!

8. THE HOLLOW MEN - CITY LIGHTS

Daripada tajuk lagunya sahaja sudah dapat ‘feels’ itu. ‘City Lights’ yang dinyanyikan oleh penyanyi asal Sweden, The Hollow Men membawa kita ke pengalaman di tengah kota pada waktu malam, disertakan perasaan bebas atau leluasa dan secara ‘automatiknya’ membuatkan kita tersenyum pabila mendengarnya. Melodi lagunya begitu menenangkan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE