SEARCH

Take Love Back: NJWA Rampas Cinta Antara Bangsa & Agama

Take Love Back: NJWA Rampas Cinta Antara Bangsa & Agama

Dinamik dan membangkit. Single terbaru artis R&B, NJWA bertajuk Take Love Back adalah lagu paling memainkan emosi saat ini dan bersifat peribadi seorang insan seni yang dahulunya dikenali sebagai Najwa Mahiaddin ini.

Bekerjasama dengan penerbit, Darren Ashley untuk ‘Take Love Back’, ia lagu yang digerakkan oleh nada dan beat yang disulami momen ‘kerapuhan’ di antara rentang suara dan kedalaman vokal lunak NJWA.

‘Take Love Back’ dibuka dengan intro melankolik yang memberi graviti kepada lirik yang mengikuti. “Jadi kamu katakan padaku bahawa ia sudah berakhir, hanya kerana mereka mengatakan ia tidak baik? Bahkan mereka tidak mengenal saya, namun mereka menilai (berdasarkan) nama saya, kaum saya dan apa yang saya percaya,” nyanyi NJWA di rangkap pertama.

Melalui pengalaman peribadinya, lagu itu menggambarkan selok-belok perhubungan cinta antara kaum dan agama yang berbeza. Seolah-olah penuh dengan cabaran yang tidak dapat dilangsaikan, cerita cinta yang bergema di kalangan ramai orang Malaysia yang berbilang agama, kaum dan bangsa.

Emosi dan pahit-manis kehidupan, ‘Take Love Back’ bukan sebarangan balada, melainkan diperkaya dengan suntikan vokal yang menyatu dengan emosi, gaya penyuaraan asli yang mencapai klimaks korus dalam paduan suara.

“Kadang-kala hubungan tidak berhasil, bukan kerana tidak mencintai semasa mereka, tetapi kerana keluarga dan masyarakat yang berkata mereka tidak boleh bersama. Jadi bagaimana kamu ‘mengambil cinta’ kamu semula?,” tanya NJWA.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE