SEARCH

‘Nur’ Menang Besar di Anugerah Skrin 2018 & Fatonah Bawa Tuah Buat Nad Zainal

‘Nur’ Menang Besar di Anugerah Skrin 2018 & Fatonah Bawa Tuah Buat Nad Zainal

Anugerah Skrin 2018 mengangkat ‘Nur’ sebagai drama rantaian terbaik tahun ini. Sementara ‘Dukun’ pula dinobatkan sebagai FIlem Terbaik dan ‘Pendosa Ingin Ke Syurga’ berjaya meraih anugerah menerusi kategori Drama Terbaik.

Pengarah ‘Nur’ Shahrulezad Mohameddin atau mesra disapa sebagai Ezad, menegaskan bahawa dia sama sekali tidak menyangka kemenangan besar yang berjaya diraih pada malam tersebut. Dia enggan meletakkan harapan terlalu tinggi kerana risau akan perasaan tertekan yang akan menghantuinya.

“Sejujurnya, saya tak suka apabila ada orang letak jangkaan terlalu tinggi untuk drama kita menang dan itu membuatkan saya jadi takut dan tertekan. Bayangkan kalau drama ini kalah, tak bawa balik apa-apa trofi, orang akan pandang saya lain macam dan tanya kenapa tak menang ya?”

Ekoran kejayaan ‘Nur’ yang berjaya meraih rating tinggi sehingga 11 juta tontonan menerusi slot Samarinda dan lebih daripada 500,000 tontonan di tonton.com,my. Ezad sempat mengumumkan ‘Nur’ siri kedua yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi. Mereka kini dalam proses pemilihan pelakon dan sedang mencari sosok yang sesuai untuk membawakan watak ‘Juwita’.

Kedua-dua gandingan utama Drama Rantaian terbaik itu, yakni Amira Rosli dan Syafiq Kyle masing-masing mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.

Selain ‘Nur’, filem ‘Dukun’ turut meraih kemenangan besar pada acara penuh gilang gemilang yang berlangsung di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur. Pelakon utama filem itu Datin Seri Umie Aida diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Terbaik manakala pengarahnya, Din Said pula berjaya membawa pulang trofi Pengarah Filem Terbaik. Tidak cukup dengan itu, Anugerah Lakon Layar Terbaik juga dirangkul oleh ‘Dukun’ membolehkan mereka menang dengan penuh bergaya pada malam itu.

Sementara lakonan mantap Nad Zainal menerusi drama ‘Fatonah Azali’ melayakkannya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama. Namun, yang mengejutkan malam itu adalah kemenangan Jay Iswazir yang berjaya menyandang Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi watak autisme yang dibawanya dalam drama ‘Aku Nazmi’ menewaskan Eman Manan yang bertanding di atas tiket drama ‘Kasih Seorang Ayah’.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem pula menjadi milik Bintang Paling Popular 2014, Shaheizy Sam. Melalui lakonanya dalam filem ‘Pinjamkan Hatiku’ karya Osman Ali. Tidak ketinggalan pelakon veteran Normah Damanhuri turut diberi penghormatan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik melalui filem yang sama.

Anugerah Skrin 2018 mempertaruhkan keseluruhan 30 kategori, namun enam daripadanya telah diumumkan awal menerusi Melodi Khas Anugerah Skrin 2018 bagi menghargai hasil kerja tenaga dalaman untuk kategori bukan drama.

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2018 :

Drama Terbaik: Pendosa Ingin Ke Syurga

Pengarah Terbaik: Rashid Sibir (Pendosa Ingin Ke Syurga)

Lakon TV Terbaik: Sophia J Rhyland (Aku Nazmi)

Pelakon Lelaki Terbaik: Jay Iswazir (Aku Nazmi)

Pelakon Wanita Terbaik: Nad Zainal (Fatonah Azali)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Fauzi Nawawi (Qalbu)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fauziah Nawawi (Pendosa Ingin Ke Syurga)

Drama Rantaian Terbaik (Kategori bahasa Melayu): Nur

Drama Rantaian Terbaik (kategori bahasa Cina): Green Wall

Pelakon Wanita Terbaik Drama RantaianAmyra Rosli

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian: Syafiq Kyle

Drama Komedi Terbaik: Mat Rukun

Videografi Terbaik: Nasarudin Ahmad Kamal (Nisaa)

Penyunting Terbaik: Mohd Shahrul Amin (Qalbu)

Filem Terbaik: Dukun

Pengarah Terbaik: Dain Said (Dukun)

Lakon Layar Terbaik: Huzir Sulaiman (Dukun)

Pelakon Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku)

Pelakon Wanita Terbaik: Datin Seri Umie Aida

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Namron (Dukun)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)

Rancangan Majalah Terbaik: 999

Rancangan Realiti Terbaik: Let’s Cycle Season 3

Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Skrin 2017

Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu 32

Rancangan Dokumentari Terbaik: Majalah 3 (Ops Benih Buaya)

Rancangan Bual Bicara Terbaik: Halaqah (Jin atau UFO)

Laporan Khas Berita Terbaik: Buletin Utama, Siri Laporan Khas: Imbauan Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiah

Reka Bentuk Set Terbaik: Anugerah Juara Lagu 32 – Fesyen dan Muzik

Rancangan Hiburan Terbaik: Bintang Bersama Bintang Raya

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE