SEARCH

COS Lancar ‘OPEN SKY’, Arca Langit Atas Bumi Di Milan, Itali

COS Lancar ‘OPEN SKY’, Arca Langit Atas Bumi Di Milan, Itali

COS senang melancarkan OPEN SKY – instalasi arca moden berskala besar terbaru oleh seniman asal Amerika Syarikat, Phillip K. Smith di tapak bersejarah abad ke-16, Palazzo Isimbardi bersempena Salone del Molibe Milano atau Minggu Perabot Milan 2018 bermula 17 hingga 22 April ini.

Mendapat inspirasi dari langit membiru dan senibina bangunan bersejarah di plaza Palazzo, Smith berkata, “Saya mahu ‘menarik’ langit ke bumi, untuk menghadirkannya secara fizikal.

Ilham ini datang daripada keunikan senibina bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di sini, yang menyatu dengan langit itu tadi. Bayangkan langit biru yang terbentang luas di tengah-tengah ruang plaza, khas untuk halwa mata pengunjung,” jelas Smith.

OPEN SKY BY STAIL.MY 1

Terletak di taman Palazzo, OPEN SKY adalah arca induk yang akan disertai oleh beberapa siri arca yang lebih kecil di sepanjang landskap hijau tapak yang terkenal ini. Pemandangan yang tenang ini terus-terusan bersulam antara kecantikan alam semula jadi dan keunikan bangunan-bangunan sejarah yang terdapat di Palazzo Isimbardi.

“Kami sangat terinspirasi dengan arca ciptaan Phillip K. Smith yang berjaya menterjemah interaksi antara alam dan keadaan sekelilingnya. Dia mencipta suatu emosi untuk kita merasai sendiri alam semulajadi dengan sudut pandang yang baru.

Pembawaan seni dia berselari dengan tema rekaan utama COS. Daripada pengalaman seni, rekaan kami terinpirasi. Pengalaman-pengalaman seni seperti ini lah yang membentuk jenama COS sampai ke hari ini dan kerana itu kami berbesar hati berkolaborasi bersama Smith pada tahun ini,” ucap Karin Gustafsson, Pengarah Seni COS dengan bersungguh-sungguh.

Instalasi arca seni yang langka ini menandakan usaha seni kali ketujuh jenama yang berasal dari London, UK ini bersempena Salone del Mobile dan kolaborasi pertama COS bersama Philip K. Smith III.

OPEN SKY akan dibuka kepada umum bermula 17 hingga 22 April di Palazzo Isumbardi, Corso Monforte, Milan, tapak bangunan-bangunan bersejarah Itali semenjak abad ke-16.

WAKTU OPERASI OPEN SKY
17 APRIL: 10am – 8pm
18 – 19 APRIL: 10am - 6pm
20 – 22 ARRIL: 10am – 8pm

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE