SEARCH

Oscar 2017: Oscar Yang Lebih ‘Berwarna’ & Senarai Penuh Pencalonannya

Oscar 2017: Oscar Yang Lebih ‘Berwarna’ & Senarai Penuh Pencalonannya

OscarNomination(2017)2_stailMY

Senarai penuh pencalonan Anugerah Oscar 2017 atau 89th Academy Awards baru sahaja diumumkan. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, filem muzikal mendunia arahan sutrada Damien Chazelle, “La La Land” mendominasi pula pentas Oscar 2017 ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 14 pencalonan.

Berbalik setahun yang lepas, Anugerah Oscar 2016 sempat mengundang kontroversi kerana dikatakan kurang keberagaman pada kelibat calon-calon yang bertanding. Kontroversi ini sehingga menyebabkan amukan netizen Amerika Syarikat melancarkan serangan atas talian berupa #OscarsSoWhite

OscarNomination(2017)3_stailMY

PERSOALANNYA, APAKAH TAHUN INI PIHAK PENGANJUR MAJLIS YAKNI “THE ACADEMY OF MOTION PICTURE ARTS & SCIENCES” SUDAH BELAJAR DARI KESILAPAN INI? APAKAH OSCAR 2017 INI SUDAH SEDIA MEMBERI RUANG PENGIKTIRAFAN PADA BAKAT-BAKAT YANG DICURAHKAN PADA INDUSTRI PERFILEMAN US TANPA MENGIRA “WARNA” MEREKA ?

Soalan yang lebih jelas, apakah Anugerah Oscar kali ini berjaya melukis “Warna” pada tiap seleksi pencalonannya?

Jawapannya. YA.

Antara 20 pencalonan, tujuh diberikan pada pelakon yang “berwarna”. Ruth Negga dan Denzel Washington memperoleh pencalonan untuk kategori “Lakonan Terbaik” (Lelaki/Wanita), masing-masing untuk filem “Loving” dan “Fences”, sementara bagi kategori pembantu pelakon termasuklah Viola Davis, Mahershala Ali, Naomie Harris, Octavia Spencer dan Dev Patel.

Dari sudut filem pula, beberapa filem yang bukan bertema Caucasian (non-white) turut diberi pengiktirafan. Pengarah kulit hitam, Barry Jenkins disenaraikan untuk “Pengarah Terbaik”, berkat “Moonlight” iaitu filem arahannya yang menyentuh perasaan.

‘Moonlight’ juga mendapat lapan pencalonan termasuk untuk kategori “Filem Terbaik”. Menariknya, filem ini juga bertema LGBT, sesuatu yang jarang sekali diberi perhatian pada majlis-majlis utama arus perdana seperti Anugerah Oscar.  Seterusnya, “Fences” (empat pencalonan) dan “Hidden Figures” (tiga pencalonan) melengkapkan trend keberagaman yang dilihat sangat baik dan sihat ini.

OscarNomination(2017)6_stailMY

Dan daripada semua perkembangan positif ke arah Hollywood yang lebih ‘berwarna’ ini, masih banyak yang pihak penganjur, khususnya pemain-pemain besar (penerbit/pengarah/pelabur) balik tabir layar perak Hollywood perlu kejar dan perbaiki lanjut. Benar, Anugerah Oscar 2017 kali ini terlihat lebih ‘berwarna’, namun sebenarnya nisbah 7:20 tersebut masih tidak seimbang.

Masih ramai pelakon berketurunan Asia dan Latin yang bertaraf bintang masih belum diberi kesempatan. Masih banyak filem-filem berkualiti dengan tema LGBT juga masih belum mampu melepasi “dinding kaca lutsinar” Hollywood ini.

Hanya empat pengarah wanita yang pernah disenarai pendek sepanjang sejarah pencalonan Oscar. Kathryn Bigelow, pengarah wanita pertama yang memenangi “Pengarah Terbaik” untuk filem “Hurt Locker”, itu pun pada tahun 2010. Setelah tujuh tahun berlalu, pengarah lelaki masih mendominasi pencalonan.

Apa pun, sekurang-kurangnya tahun ini Hollywood sudah mula membuka mata. Walaupun kecil namun percayalah perubahan itu mengambil masa. Pada hakikatnya, ini juga bukan soal warna semata-mata, tetapi ia sebenarnya lebih kepada isu pokok yakni insan-insan seni BERWARNA yang LAYAK tetapi kurang diberi peluang dan perhatian arena perfileman Hollywood.

Akhir kata, jikalau dia ‘berwarna’ sekali pun, namun tidak layak dari segi bakat dan kualiti. Tiada guna juga, bukan?

Baiklah tanpa membuang masa, berikut saya lampirkan senarai penuh pencalonan Oscars 2017 untuk kali ke-89 ini mengikut kategori masing-masing seperti dibawah:

OscarNomination(2017)12_stailMYFILEM TERBAIK
 Arrival
 Fences
 Hacksaw Ridge
 Hell or High Water
 Hidden Figures
 La La Land
 Lion 
 Manchester by the Sea
 Moonlight
PENGARAH TERBAIK
 Denis Villeneuve, Arrival
 Mel Gibson, Hacksaw Ridge
 Damien Chazelle, La La Land
 Kenneth Lonergan, Manchester by the Sea
 Barry Jenkins, Moonlight
PELAKON LELAKI TERBAIK
 Casey Affleck, Manchester by the Sea
 Andrew Garfield, Hacksaw Ridge
 Ryan Gosling, La La Land
 Viggo Mortensen, Captain Fantastic
 Denzel Washington, Fences
OscarNomination(2017)9_stailMYPELAKON WANITA TERBAIK
 Isabelle Huppert, Elle
 Ruth Negga, Loving
 Natalie Portman, Jackie
 Emma Stone, La La Land
 Meryl Streep, Florence Foster Jenkins
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
 Mahershala Ali, Moonlight
 Jeff Bridges, Hell or High Water
 Lucas Hedges, Manchester by the Sea
 Dev Patel, Lion
 Michael Shannon, Nocturnal Animals
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
 Viola Davis, Fences
 Naomie Harris, Moonlight
 Nicole Kidman, Lion
 Octavia Spencer, Hidden Figures
 Michelle Williams, Manchester by the Sea
OscarNomination(2017)11_stailMYLAKON LAYAR TERBAIK
 Hell or High Water
 La La Land
 The Lobster
 Manchester by the Sea
 20th Century Women
FILEM ADAPTASI TERBAIK
 Arrival
 Fences
 Hidden Figures
 Lion
 Moonlight
OscarNomination(2017)10_stailMYFILEM ASAL TERBAIK
 Jackie
 La La Land
 Lion
 Moonlight
 Passengers
DOKUMENTARI TERBAIK
 Fire at Sea
 I Am Not Your Negro
 Life, Animated
 O.J.: Made in America
 13th
DOKUMENTARI PENDEK TERBAIK
 Extremis
 4.1 Miles
 Joe's Violin
 Watani: My Homeland
 The White Helmets
LAGU ASAL TERBAIK
 "Audition" - La La Land
 "Can't Stop the Feeling" - Trolls
 "City of Star" - La La Land
 "The Empty Chair" - Jim: The James Foley Story
 "How Far I'll Go" - Moana
OscarNomination(2017)4_stailMYSINEMATOGRAFI TERBAIK
 Arrival
 La La Land
 Moonlight
 Lion
 Silence
REKAAN PRODUKSI TERBAIK
 Arrival
 Fantastic Beasts and Where to Find Them
 Hail, Caesar!
 La La Land
 Passengers
OscarNomination(2017)8_stailMYREKAAN KOSTUM TERBAIK
 Allied
 Fantastic Beasts and Where to Find Them
 Florence Foster Jenkins
 Jackie
 La La Land
SUNTINGAN TERBAIK
 Arrival
 Hacksaw Ridge
 Hell or High Water
 La La Land
 Moonlight
FILEM ASING TERBAIK
 Land of Mine
 A Man Called Ove
 The Salesman
 Tanna
 Tony Erdmann
OscarNomination(2017)7_stailMYFILEM ANIMASI TERBAIK
 Kubo and the Two Strings
 Moana
 My Life as a Zucchini
 The Red Turtle
 Zootopia
FILEM PENDEK ANIMASI TERBAIK
 Blind Vaysha
 Borrowed Time
 Pear Cider and Cigarettes
 Pearl
 Piper
FILEM PENDEK AKSI TERBAIK
 Ennemis Intérieurs
 La Femme et le TGV
 Silent Nights
 Sing
 Timecode
OscarNomination(2017)5_stailMYSOLEKAN/RAMBUT TERBAIK  
 A Man Called Ove  
 Star Trek Beyond  
 Suicide Squad
SUNTINGAN MUZIK TERBAIK 
 Arrival  
 Deepwater Horizon  
 Hacksaw Ridge   
 La La Land  
 Sully
CAMPURAN MUZIK TERBAIK
 Arrival
 Hacksaw Ridge
 La La Land
 Rogue One: A Star Wars Story
 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi
KESAN VISUAL TERBAIK
 Deepwater Horizon
 Doctor Strange
 The Jungle Book
 Kubo and the Two Strings
 Rogue One: A Star Wars Story

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE