SEARCH

#LaguMalaysiaKita Dengarkan Lagu Patriotik Oleh Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka Sempena Hari Malaysia

#LaguMalaysiaKita Dengarkan Lagu Patriotik Oleh Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka Sempena Hari Malaysia

Pada 2013, lagu “Tanah Airku Tanah Airmu” menampilkan ‘Permaisuri Muzik Malaysia’, Dato’ Siti Nurhaliza bersama Mat Lela Derhaka. Istimewanya kali ini, Mat Lela diberi mandat untuk menyerikan lagu ini dengan lebih ‘garang’ bersama ‘Yang Berhormat Muzik Rock Tanah Air’ Amy Search dan barisan Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka dari Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Dengan pertemuan ini, justeru tertubuhlah rancangan Mat Lela yang diberi nama Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka sempena Hari Kemerdekaan ke-61 dan Hari Malaysia.

Setelah lima tahun berlalu, sudah tiba masanya lagu ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ diberi sentuhan dan nafas yang baharu. Terbitnya fajar di kala tahun bersejarah ini, ketika negara kita sedang asyik menghala ke arah perubahan #MalaysiaBaru, Mat Lela beraspirasi untuk mengikhtiarkan lagu ini sekali lagi dengan menyampaikan inti pati lagu tersebut dan pesanannya kepada rakyat Malaysia. Mat Lela berkata, “Tanah Airku Tanah Airmu Jua adalah dendangan pancaragam kami yang lebih ‘jantan’, lagi-lagi dapat berpadu tenaga dengan Yang Berhormat Rock Tanah Air, Amy Search”.

Memetik kata-kata dari YB sendiri, “… ini seperti projek last minute lah, tiba-tiba sahaja loQue datang, ‘bang kita nak buat ni okay tak?’ Saya pun free… saya cakap ‘belasah’ sahaja… yang paling penting dia punya rawness itu”.

Mengulas pendapatnya mengenai erti kemerdekaan, YB Amy menjawab “Pemikiran kita harus Merdeka. Merdeka itu seperti kepala kita mesti terbuka untuk hidup kita tahun 2018. Kalau kita masih di takuk lama, kita belum Merdeka. Kita masih belum cukup Merdeka… kita belum tahu menikmati apa itu Merdeka, jadi Selamat Hari Merdeka untuk rakyat Malaysia. Peace selamanya!,” ucapnya penuh semangat.

Tanah Airku Tanah Airmu Jua oleh Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka Amy Search & Monoloque oleh STAIL.MY 1

“Pemikiran kita harus merdeka, Peace Selamanya!” – YB Rock Amy Search

Mengenai #PancaragamNakhodaMatLelaDerhaka, rencana ini disusuri dengan pelbagai kejadian yang simbolik apabila diteliti. Mat Lela, YB Amy Search dan kumpulan pancaragam MCKK berkenan merakam dan memainkan lagu ini di Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang dipagari hutan bata yang mencakar langit tingginya. Tujuannya adalah sebagai peringatan kepada kita sebagai rakyat Malaysia tercinta untuk tidak melupakan asal usul dan sejarah tanah air ini meskipun kita sentiasa berusaha untuk bergerak maju ke hadapan demi mencapai taraf yang disegani dunia.

Tambahan lagi, bunyi-bunyian dari barisan #PancaragamNakhodaMatLelaDerhaka yang mengiringi Mat Lela dan YB Amy Search ini juga membawa simbolik kepada kelangsungan usaha anak bangsa kita dalam mengorak langkah ke masa hadapan. Mengikut sejarah, pertubuhan MCKK kira-kira 1947 dahulu hanyalah untuk golongan elit semata-mata. Namun, berkat semangat nasionalisme anak bangsa, kita berjaya membuka peluang bagi semua golongan dan kasta untuk memburu pelajaran. Maka, Mat Lela dalam rancangannya mencuba untuk mengingatkan kita rakyat Malaysia bahawa kita mampu mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik apabila bersatu teguh.

Ayuh sama-sama menyahut seruan Mat Lela! Dengarkan ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ nyanyian Mat Lela, YB Amy Search dan diiringi oleh pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka di semua gedung-gedung digital seperti Spotify, Apple Music dan yang sewaktu dengannya.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-61 dan Selamat Hari Malaysia! Gemersik Malaysiaku 🇲🇾🌺

Selain ‘Tanah Airku Tanah Airmu Jua’ oleh Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka,  dengarkan juga senarai main #LaguMalaysiaKita – 61 Lagu Malaysia pilihan rakyat Malaysia di Spotify untuk #Weekendplaylist kamu yang patriotik

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE