SEARCH

‘Rose-Colored Boy’ – Paramore Tampil Era 80’an Yang Cool

‘Rose-Colored Boy’ – Paramore Tampil Era 80’an Yang Cool

Paramore by STAIL.MY 2

Paramore baru sahaja melepaskan muzik video terbaru untuk single terbaru bertajuk “Rose-Colored Boy” dari album kelima mereka, AFTER LAUGHTER.

Muzik video ini diarahkan oleh Warren Fu dan diterbitkan sepenuhnya oleh ‘Fueled By Ramen’, syarikat label rakaman yang sama yang memayungi Panic! at The Disco.

Sementara itu, Paramore akan memulakan ‘Tour Four’ pada bulan ini, kembara muzik mereka yang bakal menjelajahi Australia dan New Zealand sampai lah ke Indonesia, Filipina, Jepun dan jauh nun di Hawaii.

Paling menarik, PARAHOY!  iaitu kembara laut tahun ketiga kumpulan yang popular dengan lagu “Still Into You”  ini akan menjelajah pula dari Miami, Florida ke Nassau, Bahamas bermula 6 hingga 10 April ini.

Paramore juga dijadualkan untuk menyalakan persembahan di festival-festival muzik seluruh US, termasuk MA Boston Calling (25 Mei) dan Manchester’s TN Bonnaroo Music & Arts Festival (7 Jun).

Paramore by STAIL.MY 3

AFTER LAUGHTER’ adalah album rakaman kelima mereka selepas mengambil masa lima tahun untuk disiapkan. Rekomendasi trak-trak seperti “Hard Times”, “Told You So” dan “Fake Happy”, yang sudah pun memanjat tangga ke #6 di Carta Album Billboard semenjak album ini dilancarkan Mei, tahun lepas.

Album ini membuktikan tempatnya pada carta 2017 dengan duduk sebaris dengan Rolling Stone, The Guardian, Brooklyn Vegan, Fuse dan SPIN, masing-masing berada dalam carta “Album Terbaik 2017“.

Lalu membuatkan Paramore meraikan “After Laughter” dengan siri jelajah muzik dan kembara laut, sepanjang tahun lalu sehingga membawa ke 2018.

(Hayley) Williams memenuhi kriteria Paramore sebagai vokalis peneraju wanita yang teristimewa. Menghayun rambut yang anggun dalam suasana hiruk-pikuk gig.” – Billboard

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE