SEARCH

Parody Parlour: Selangkah Ke Seni Parodi Yang Lucu

Parody Parlour: Selangkah Ke Seni Parodi Yang Lucu

Seni tanpa batas. Parody Parlour ialah seni yang bertemu dengan kegembiraan, di mana ia diberi sentuhan berbeza. Ia seni parodi yang sarat dengan mesej dan makna.

Rahsianya? Pilih mana-mana watak budaya pop yang popular, tambahkan kearifan yang lucu atau aneh dengan cerita latar belakang yang kena dengan situasi. Inilah gaya Parody Parlour mencorak seni budaya pop ke pentas yang tidak konvensional.

Fun, hip and a little silly. Parody Parlour ingin mengurangkan frasa ‘Saya rasa seni ini bermaksud…’ yang bosan kepada ‘Ya tuhan, kamu harus melihat ini!’, setiap kali kamu melihat hasil seni yang dihasilkan

“Tentu sahaja seni kami menawarkan seni bukan kebiasaan yang jarang kamu lihat di mana-mana bahagian Kuala Lumpur, Malaysia… atau mungkin dunia,” kata Jahow See, pereka di belakang Parody Parlour.

Antara yang merangkumi koleksi adalah ‘Superbelly’. Lukisan lucu yang menampilkan adiwira berperut gendut ini dicetak di atas kanvas berkualiti tinggi. Superman yang banyak makan, direka pada 2016, membawa erti kegembiraan tanpa kerisauan akan garis pinggang yang selalu diresahkan orang.

‘Why So Hungry’ pula menampilkan McJoker, watak Ronald McDonald dan Joker selaku badut budaya pop terkenal, bersatu menjadi satu. Mungkin peminat kentang goreng dan keju akan menyukai lukisan ini. Ia bermaksud untuk kamu lebih bertenang dan tidak mengambil sesuatu perkara dengan serius.

McJoker tak luput dek gaya. Ia sesuai digantungkan di semua keadaan untuk menghadirkan suasana cool.

Satu lagi lukisan yang menarik, ‘The Magical Moment’, di mana pertemuan antara dua jari yang dapat ditafsirkan dalam banyak cara. Ia boleh ditafsirkan sebagai tragedi adiwira untuk menjaga keamanan manusia sejagat. Atau boleh sahaja mengingatkan kita tentang adegan ikonik dalam filem ‘ET’.

‘Ghost Cyclist’ membawa mesej persekitaran dengan sentuhan syaitan. Penunggang basikal yang dirasuki dengan kesumat dan balas dendam, tetapi mempunyai semangat kesedaran sivik untuk disebarkan. Tengkorak tidak terbakar, melainkan bahan api. Yang seterusnya banyak memberi kesan negatif pada bumi dan persekitaran kita. Itu mesej yang ingin dibawa.

Layari laman sesawang ParodyParlour.com untuk melihat lebih banyak koleksi-koleksi budaya pop yang direka dengan parodi lucu dan membawa makna yang tersendiri.

FOTO OLEH PARODY PARLOUR

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE