SEARCH

Siapa Pepe Munoz? Teman Lelaki Baru Celine Dion?

Siapa Pepe Munoz? Teman Lelaki Baru Celine Dion?

Adakah Celine Dion sudah berpunya? Penyanyi asal Kanada ini terlihat selalu mendampingi seorang jejaka tampan misteri sambil memeluk erat lengannya di Paris, baru-baru ini. Pepe Munoz nama diberi.

Pepe Munoz celine dion by STAIL.MY 1

Baiklah setelah banyak kerja siasatan (baca: stalking) dijalankan, saya mendapat tahu yang dia berasal dari Sepanyol dan salah seorang penari Celine.

Pepe (34) juga seorang ilustrator yang selalu mempotret Celine Dion. Pepe seakan-akan tidak boleh terpisah dengan penyanyi “My Heart Will Go On” yang berusia 50 tahun ini dan selalu kelihatan menghabiskan masa bersama semenjak dua menjak ini.

Teman tapi mesra itu mendapat perhatian umum, Khamis lalu di pertunjukan Givenchy, Celine tertangkap lensa paparazi memeluk erat lengan Pepe yang segak berjaket kulit hitam. Celine pula kelihatan tersenyum lebar, hadir sedondon dalam helaian jaket kulit berwarna merah kayu.

Sehari sebelum itu, Celine kelihatan bersama Pepe di kerusi hadapan pertunjukan musim luruh/panas 2019 Ronald Van Kemp. Celine bergaya dalam plunging neckline dan shoulder pad lengkap seluar kelabu dengan rambut emasnya dikemas sleek bun.

Dia turut mengenakan aksesori gelang dan jam tangan emas bagi memangkin drama untuk keseluruhan look nya itu. Namun ‘aksesori’ dia yang paling menonjol tentulah Pepe Munoz yang berada disampingnya. Mereka bergelak ketawa sepanjang acara berjalan.

Pepe Munoz celine dion by STAIL.MY 2

Sementara Celine masih belum mengisytihar hubungan cinta bersama Pepe – malah sempat menafikan khabar angin dia keluar makan malam dengan Pepe hujung tahun lalu – kedua-dua mereka kelihatan sangat selesa bersama.

Pepe sebenarnya sudah mendampingi Celine sejak tahun lalu. Cuma baru-baru ini dia mendapat perhatian kerana Celine lebih terbuka untuk membawanya ke pertunjukan fesyen dan melewati karpet merah. Mereka menjadi semakin akrab setelah Pepe menjadi rakan penari Celine, Januari tahun lalu.

Penari yang berasal dari Malaga, Sepanyol ini hanya mampu tertawa ketika ditemuramah secara rawak oleh media Hollywood, “Gosip ini sangat menggelikan hati. Kami berdua masih ketawa kecil mendengarkan. Saya boleh mengharapkan Celine jika mahu ‘mengadu’ apa-apa dan saya juga sedia mendengar apa-apa yang ingin diluahkan dia,” ujar Pepe di majalah GALA.

Seperti semua maklum, Celine Dion sebelum ini bercerai mati dengan bekas suami, penerbit dan komposer terkenal, Rene Angelil pada 2016. Mereka berkongsi tiga cahaya mata.

Sama ada ‘anak ikan’ atau cinta platonik? Kita semua boleh bersetuju yang Pepe Munoz adalah eyecandy dan #shoulderbae terbaik untuk Celine! Persetankan sahaja mulut-mulut jahat, anything that makes you happy, sis ????

Pepe Munoz celine dion by STAIL.MY 3

Pepe Munoz celine dion by STAIL.MY 4

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE