SEARCH

20 Foto Perkahwinan Deepika Padukone ❤️ Ranveer Singh Yang Mempersona

20 Foto Perkahwinan Deepika Padukone ❤️ Ranveer Singh Yang Mempersona

Bollywood power couple, Deepika Padukone-Ranveer Singh selamat melangsungkan majlis perkahwinan mereka yang gilang gemilang di Villa del Balbinello, Tasik Como, Itali.

 Meraikan budaya dan tradisi, pasangan mempelai sama cantik sama padan ini melangsungkan perkahwinan dalam dua cara tradisional YAKNI perkahwinan Konkani DAN Sindhi.

Menurut laporan India Entertainment Times, seorang sami diterbangkan khas dari Amritsar, India ke Itali serta membina Gurdwara (kuil kaum Sikh) mini di perkarangan rumah peranginan tersebut untuk melaksanakan Anand Karaj (upacara perkahwinan Sikh).

Sementara stail perkahwinan Konkani dijalankan serba elegan dan dipenuhi unsur tradisional dan warna putih-emas, untuk stail perkahwinan Sindhi pula Ranveer tiba dengan kapal pesiar istimewa dan terus menari bak filem Bollywood, lengkap dengan sepersalinan baaraat (baju pengantin lelaki tradisi India Utara) berwarna merah menyala. Classic Ranveer!

Perkahwinan Deepika Padukone-Ranveer Singh by STAIL.MY 1

Usai bulan madu, mereka dijadualkan melangsungkan dua majlis resepsi, satu di Bengaluru (untuk keluarga dan sahabat handai terdekat) dan satu di Mumbai (untuk rakan-rakan artis Bollywood).

Tidak dinafikan, Deepika dan Ranveer sememangnya pasangan yang paling cocok bersama. Tidak hanya di filem lakonan mereka, cara #DeepVeer memandang antara satu sama lain di dunia nyata ialah sesuatu manifesto cinta yang luar biasa. Ia adalah definisi #couplegoals yang sebenar.

Buktinya, lihat sahaja 20 gambar perkahwinan Deepika Padukone-Ranveer Singh yang mempersona seperti yang tertera:

 

Perkahwinan Deepika Padukone-Ranveer Singh by STAIL.MY 3

 

 

 

Perkahwinan Deepika Padukone-Ranveer Singh by STAIL.MY 4

 

 

 

Perkahwinan Deepika Padukone-Ranveer Singh by STAIL.MY 2

 

 

 

 

 

 

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE