SEARCH

Selangkah Ke Istana Elsa Yang Sebenar Di Pesta Salju Wilayah Timur Laut China

Selangkah Ke Istana Elsa Yang Sebenar Di Pesta Salju Wilayah Timur Laut China

Suhu sejuk beku yang mencecah sehingga -30 darjah selsius adalah perbezaan utama iklim dan lanskap antara Malaysia dan pesta salju di Pulau Sun, wilayah Harbin, yang terletak di bahagian Timur Laut, China.

Berlokasi tidak jauh dari ibukota Beijing, Ekspo Seni Arca Salji Antarabangsa Sun Harbin 2018 (Pesta Salju Sun Harbin 2018) telah pun memasuki tahun ke-30 penganjuran tahun ini. Ia sebagai taman tema ais dan pesta salju terbesar di dunia.

Arca-arca ais dan salji di sini seakan-akan hidup, diukir oleh ratusan pengukir pakar dari seluruh China. Mengabdikan seni dan karya mereka untuk hasil yang sempurna. Ia memberi kamu pengalaman seperti berada di istana-istana ais kayangan yang hanya wujud dalam hikayat-hikayat atau cereka dongeng rakyat.

Pesta Salju Sun Harbin China STAIL.MY 2

Kamu seperti menjejak kaki masuk ke dalam Istana Elsa (Frozen) yang sebenar.

Pada musim salju kali ini, Pesta Salju Sun Harbin 2018 menampilkan lebih 2,000 lanskap ais dan arca salji serta lebih 30 jenis hiburan bagi mewujudkan konsep “Spring Garden of Ice & Snow”.

Pesta Salju Sun Harbin 2018 ini turut mempersembahkan lima arca salji gergasi terbesar di dunia. Bagi edisi 2018, lima arca tersebut merangkumi “Naga & Phoenix”, “Sonata Salju”, “Arca Impian Ais”, “Gaya Wilayah Timur” dan “Simfoni Olimpik Salju” sempena Winter Olympic 2018.

Pesta Salju Sun Harbin China STAIL.MY
Simfoni Olimpik Salju 2018

 

Mengubah fantasi menjadi abadi, Pesta Salju Sun Harbin 2018 turut menampilkan seni kaligrafi dari Wilayah Utara China yang dipersembahkan melalui lukisan ais dan salji. Kementerian Pelancongan China melancarkan lima laluan bertema, antaranya “Jelajah Seni Kaligrafi Ais” yang mempersona.

Ketika kamu memandang hasil karya kaligrafi dan lukisan ais yang terbesar di wilayah-wilayah Timur Laut China itu, ia pasti kekal terpahat dalam ingatan sepanjang hayat. Benar-benar menakjubkan.

Di Heilongjiang, seni ukiran ais dipamerkan seiring dengan lukisan minyak. Di Liaoning, sejarah dan budaya dipersembahkan melalui arca ais. Ketika kamu berada di Jilin, lukisan embun beku, antara produk dan aktiviti yang bukan hanya boleh dihargai di sana, tetapi boleh juga dibawa pulang bersama.

Pesta Salju Sun Harbin China STAIL.MY 3

Selain itu, Pesta Salju Sun Harbin 2018 turut mewujudkan keunikan tiga dimensi yang lebih moden terhadap penghayatan salji dan ais tradisional dengan memperkenalkan lagu dan tarian, persembahan filem dan TV serta pentas peragaan bagi menambah lagi keajaiban pesta salju terbesar dunia ini.

Kementerian Pelancongan China akan terus giat mempromosi tujuh wilayah salju istimewa – Heilongjiang, Beijing, Jilin, Liaoning, Inner Mongolia, Xinjiang dan Hebei, agar menjadi pilihan dan semakin terkenal dalam kalangan pelancong di seluruh dunia, terutamanya Malaysia.

Pesta Salju Sun Harbin 2018 oleh Getty Images

Foto Oleh Getty Images

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE