SEARCH

5 Fakta The Phantom of The Opera Sebelum Kamu Ke Istana Budaya

5 Fakta The Phantom of The Opera Sebelum Kamu Ke Istana Budaya

Teater muzikal paling popular dan mendunia, The Phantom of The Opera akan membuat tayangan perdana buat kali pertama secara eksklusif di Kuala Lumpur, Malaysia, tepatnya di Istana Budaya dari 15 Jun hingga 7 Julai 2019 ini.

Berdasarkan novel klasik Le Fantôme de L’Opéra oleh Gaston Leroux, The Phantom of The Opera menceritakan kisah romantis seorang genius muzikal yang cacat dan hanya dikenali sebagai ‘Phantom’ (lembaga) yang menghantui Rumah Opera Paris.

Terpukau oleh bakat dan kecantikan bintang soprano muda, Christine – Phantom mengorak langkah untuk memikatnya, tanpa menyedari cinta Christine terhadap Raoul. Obsesi Phantom itu menyebabkan pelbagai peristiwa dan adegan dramatik terjadi, di mana kecemburuan, kegilaan dan nafsu berkelahi sesama sendiri.

The phantom of the opera Istana Budaya 1

Ayuh semak 5 fakta The Phantom of the Opera ini sebelum kamu menontonnya secara langsung di Istana Budaya (15-30 Jun) nanti:

 

1 – Pementasan Bertaraf Dunia

The Phantom of The Opera dipentaskan buat kali pertama di Her Majesty’s Theatre di West End, London pada 9 Oktober 1986, dibintangi oleh Michael Crawford sebagai Phantom dan Sarah Brightman sebagai Christine. Ia dihasilkan oleh Cameron Mackintosh dan The Really Useful Group. The Phantom of The Opera kali ini diterbangkan secara eksklusif ke Kuala Lumpur oleh Lunchbox Productions, Base Entertainment Asia dan TEG Dainty.

 

2 – Teater Bersejarah

The Phantom of The Opera menjadi pertunjukan paling lama dalam sejarah Broadway pada 9 Januari 2006 dan merai pencapaian 7,486 pementasannya, memecah rekod “Cats” selaku pemegang rekod sebelum ini. 1 Januari 2019, The Phantom of The Opera merayakan pementasannya yang ke 13,000 dan tanggal 24 Januari 2018 pula merayakan 30 tahun magis di Broadway.

 

 

3 – Persembahan Memukau

Memenangi lebih 70 anugerah teater utama dunia, termasuk tujuh Anugerah Tony dan empat Olivier Awards. Memenangi ‘Magic Radio Audience Award’, hasil undian orang ramai pada 2016 di Anugerah Laurence Olivier di bawah terbitan Cameron Mackintosh.

 

4 – Mempersona

Menjadi pementasan pertama yang mencapai jualan USD$6 bilion di seluruh dunia. Untung bersih jauh melepasi rekod filem Hollywood dengan kutipan tertinggi, Avatar (USD$2.8 bilion). Dianggarkan lebih 140 juta penonton seluruh dunia sudah menonton teater The Phantom of The Opera di 37 negara dan 172 bandar dalam 16 bahasa.

 

5 – Jerayawara

The Phantom of The Opera sedang menjalani jerayawara di London, New York, Budapest dan seterusnya ke Kuala Lumpur pada 15- 30 Jun 2019. Jadi jangan lepas peluang menjadi antara yang pertama di Malaysia menonton The Phantom of The Opera! Tiket boleh dibeli atas talian di TICKETCHARGE.COM.MY

 

The Phantom of The Opera
Istana Budaya
15 – 30 Jun 2019
Selasa - Jumaat : 8:30 PM
Sabtu & Ahad: 2 PM & 8:30 PM
Tiket: TICKETCHARGE.COM.MY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE