SEARCH

Polis Evo Kembali Dengan Sekuel Terbaru

Polis Evo Kembali Dengan Sekuel Terbaru

Peminat filem Polis Evo kini boleh menarik nafas lega apabila Astro Shaw baru-baru ini mengumumkan Filem Box Office tahun 2015 itu bakal kembali dengan sekuel terbarunya yang menjanjikan lebih aksi, lebih mendebarkan dan yang paling penting lebih gempak dari filem pertamanya yang meraih hampir RM 17.30 juta pada tahun tersebut sekaligus memadamkan rekod filem The Journey karya Chiu Keng Guan.

Filem yang mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri perfileman Malaysia ini mula menjalani sesi pengambaran tahun lalu selama 85 hari di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah. Polis Evo 2 (PE2) masih mengekalkan genre yang sama di mana ia berkisarkan latar berlakang pekerjaan Polis. Lebih menarik lagi, PE2 kali ini bukan sahaja padat dengan aksi-aksi yang memukau malah jalan ceritanya turut dikembangkan dengan lebih meluas bagi memastikan keterujaan penonton terjamin sepanjang menyaksikan filem ini.

Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, kumpulan Kandungan Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh menyifatkan bahawa menjadi satu cabaran buat pihaknya selaku penerbit untuk sentiasa tampil dengan filem yang baik tambahan pula apabila filem itu adalah sekuel filem kepada jenama yang pernah meninggalkan impak besar dalam sejarah filem tempatan jadi semestinya orang luar sana yang menantikan filem tersebut mengharapkan sesuatu yang lebih dari garis percapaian sebelum ini malah mereka menjangkakan bahawa PE2 akan dapat menembusi pasaran filem Indonesia dan juga Brunei.

“Selaku penerbit filem di Malaysia, pihak kami merasa bertanggungjawab untuk membawa filem tempatan melangkah lebih jauh dan menerajui pasaran luar sekaligus filem tempatan dapat diterima di negara-negara luar. Jadi kami mengharapkan PE2, filem penutup Astro Shaw bagi tahun 2018 ini dapat membantu mengubah industri perfileman tempatan ke arah satu paradigma yang baru dan mampu berdiri setanding filem antarabangsa.”

Filem yang akan ditayangkan pada 22 November ini masih mempertaruhkan dua bintang terkemuka tanah air Shaheizy Sam serta Zizan Razak. Malah, turut dimantapkan lagi dengan barisan perlakon hebat lain seperti Hairul Azreen, Syafie Naswip, Dennis Yin, Hasnul Rahmat, Riz Amin, Fir Rahman dan selebriti popular dari seberang Raline Shah.

Dan tidak lengkaplah sesebuah filem itu tanpa runut bunyi yang sering kali memainkan peranan penting dalam perjalanan sebuah filem, jadi kali ini PE2 tampil dengan lagu ‘Sang Saka Biru’ yang berentak ‘up beat’ dinyanyikan oleh gabungan Hip Hop terulung Malaysia iaitu Joe Flizzow, Sonaone, Altimet dan Alif. ‘Sang Saka Biru’ bersesuaian dengan kisah filem ini yang mengangkat martabat, tema kehidupan dan cabaran sebagai anggota polis.

Berita baik buat semua peminat tegar filem ini, kamu kini boleh memiliki koleksi istimewa PE2 di mana-mana BH Petromart dan kamu juga berpeluang menghadiri malam gala tayangan filem tersebut hanya dengan menyertai peraduan PE2 anjuran Dashing, jenama produk penjagaan lelaki. Untuk maklumat lanjut lawati http://www.dashing.com.my/.

polis evo 2

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE