SEARCH

PREMIER ‘PIRATES OF THE CARIBBEAN 5, DEAD MEN TELL NO TALES’: MEMAPARKAN 2 MUKA BARU PERLU KAMU TAHU

PREMIER ‘PIRATES OF THE CARIBBEAN 5, DEAD MEN TELL NO TALES’: MEMAPARKAN 2 MUKA BARU PERLU KAMU TAHU

intro-pic-pirate

Percaya atau tidak, sudah lima tahun berlalu sejak ‘Pirates of The Caribbean 4: On Stranger Tides’ ditayangkan pada 2011 yang lalu. Baru-baru ini, filem francais keluaran Walt Disney Pictures yang dinanti-nanti ramai ini keluar dengan teaser trailer terbaru, ‘Pirates of The Caribbean 5: Dead Men Tell No Tales’ (POTC5:DMTNT).

Bercerita serba sedikit tentang plot filem siri ke-5 ini, POTC5:DMTNT berkisah tentang pengembaraan terbaru Kapten Jack Sparrow (Johnny Depp) dalam usaha mendapatkan ‘Trident of Poseidon’ atau serampang tiga mata milik Dewa Laut Poseidon. Barang siapa yang memilikinya, bakal punyai kuasa mengawal seluruh daerah lautan.

Namun kembara ‘mencuri’ Trisula Poseidon ini bukanlah bertujuan untuk kesenangan personawi Jack semata-mata tetapi lebih bertujuan untuk mempertahankan kesucian laut daripada ancaman Kapten Salazar (Javier Bardem), seorang lanun jahat yang terselamat daripada ‘The Devil’s Triangle’, hidup kembali bersama segerombolan kru lanun kapal hantu untuk membalas dendam terhadap Jack atas kematian adiknya.

POTC5:DMTNT turut menampilkan dua watak baru iaitu Henry dan Carina Smyth. Henry (Brenton Thwaites) adalah pemuda yang bergelut untuk mematahkan sumpahan ke atas dirinya agar dapat bertemu semula dengan bapa kandungnya. Sementara Carina Smyth (Kaya Scodelario) pula ahli kaji bintang yang juga dalam kembara solo untuk mendapatkan Trisula Poseidon. Istimewanya kerana Carina Smyth memiliki senaskah diari khas lengkap teka-teki untuk sampai ke Kerajaan Bawah Laut Poseidon.

Jadi, apa kaitannya dua watak baru ini dengan kembara Jack Sparrow?

Sama-sama kita rungkaikan pada tayangan perdana ‘Pirates of The Caribbean 5: Dead Men Tell No Tales’ yang bakal kembali menggoncang lautan dunia tanggal 26 Mei 2017 di pawagam seluruh dunia, tahun hadapan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE