SEARCH

Meriah Bersama ‘Ramadan HD’ Sempena Bulan Puasa

Meriah Bersama ‘Ramadan HD’ Sempena Bulan Puasa

Dalam usaha menghargai pelanggannya, Astro membuka sebuah saluran khas Ramadan HD (saluran 122) yang boleh dinikmati secara percuma kepada semua pelanggan Astro yang mempunyai perkhidmatan berdefinisi tinggi (HD) mulai 12 Mei 2018.

Ramadan HD ASTRO STAIL.MY 1

Ramadan 1439 Hijrah menjelang lagi dan bulan keampunan ini dinantikan seluruh umat Islam yang menyambutnya. Stesen televisyen berbayar Astro saban tahun meraikan kedatangan bulan mulia ini dengan pelbagai pengisian menarik. Penjiwaan bulan Ramadan ini dizahirkan menerusi seleksi program hebat di semua platformnya termasuk di ruangan digital, televisyen, radio dan menerusi penganjuran aktiviti lapangan (on ground).

Istimewanya Ramadan kali ini, Astro buat julung kalinya mengangkat tema ‘Meriah Bersama’ bagi meraikan rakyat Malaysia yang sentiasa setia menyokong dan menjadi tulang belakang kejayaan yang diraih sejak lebih dari dua dekad lalu. Menerusi tema ini, Astro meraikan konsep kebersamaan dan menerapkan elemen keriangan menerusi kandungan hiburan yang bakal disajikan sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan yang akan datang.

Kemudian akan dipanjangkan pula ke musim perayaan menerusi saluran ‘Raya HD’ dari 14 Jun sehingga 15 Julai 2018. Saluran khas ini bakal menyajikan seleksi program Ramadan dan Raya terbaik yang disusun berselang-seli tanpa henti merangkumi pelbagai genre berbeza.

Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh berkata, “Astro sentiasa berhasrat memberikan program-program terbaik untuk ditonton, didengari dan dilayari pelanggan setia kami dan bulan Ramadan tidak terkecuali. Sedar akan tanggungjawab besar dalam mendidik penonton kami dengan program-program yang mampu menyemarakkan nilai-nilai murni, kami bertindak sebagai wahana kandungan Islam yang unggul buat penonton dengan membariskan kandungan yang sarat dengan mesej-mesej positif.”

Ramadan HD ASTRO STAIL.MY 2

Bagi 2018, sebanyak 38 program menarik dan terbaharu disediakan khas buat santapan rohani penonton. Merangkumi program-program keagamaan, telefilem, dokumentari, drama bersiri, majalah, sketsa, animasi dan rancangan khas seperti variasi, travelog serta bual bicara, saluran Islamik; Astro Oasis sekali lagi bertindak sebagai saluran utama yang menghiasi seleksi Ramadan Astro.

‘Inspirasi Luar Biasa’ dijadikan latar dan panduan kandungan yang dizahirkan di saluran Astro Oasis. Tema khas ini dipilih bagi memberi penghormatan kepada insan-insan istimewa yang memiliki keperibadian hebat dan menjadi sumber inspirasi ramai di atas kejayaan demi kejayaan yang telah diraih mereka sebelum ini.

Antara program-program menarik termasuklah ‘Legasi Luar Biasa’ yang memartabatkan golongan kurang upaya yang telah memperkasakan komuniti menerusi pelbagai inisiatif positif, ‘Al Kauthar: Sentuhan Qalbu’ yang dikemudikan oleh Ustaz Don Daniyal di mana dia akan mengupas isu-isu kemasyarakatan terkini serta program masakan yang berlandaskan sunnah, ‘Mahabbah Meals’ yang dihoskan oleh Mat Dan bersama selebriti media sosial, Chef Adam Mahamed Ismail.

Saluran utama berbahasa Melayu lain turut memainkan peranan masing-masing dalam menyinari bulan mulia ini dan hadir dengan program-program menarik seperti ‘Meremang: Suriram’ (Astro Prima), ‘Diari Ramadan Neelofa’ dan ‘Resipi Memikat Isteri 2’ (Astro Ria) serta ‘Sepahtu Reunion Al Puasa’, ‘Ustaz Evo’ dan ‘Dapur Hancur Lebur’ (Astro Warna).

Ramadan HD ASTRO STAIL.MY 3

Tambah menarik lagi, animasi Islamik kanak-kanak yang menyampaikan mesej Islamik secara santai menerusi lagu-lagu menarik khas buat si cilik, ‘Omar & Hana’ bakal kembali dengan musim kedua. ‘Omar & Hana’ juga baru-baru ini telah mengumumkan kolaborasi bersama Naelofar Hijab, Siti Khadijah dan Durra dalam mempromosikan produk-produk istimewa edisi ‘Omar & Hana’ sempena Ramadan dan Raya.

Dengan adanya himpunan program sempena Ramadan serta ditambah pula dengan kepelbagaian pilihan platform yang ditawarkan, segala-galanya menjadi lebih mudah dan pantas. Pastinya sambutan Ramadan bersama Astro akan lebih bermakna dengan penawaran kandungan Astro yang amat komprehensif. Jangan lupa, temujanji bersama program-program hebat di Astro di sepanjang bulan Ramadan 1439 Hijrah ini. Teruskan #MeriahBersama dan hanya yang terbaik di Astro.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE