SEARCH

“Biar Saya Fokus Mengarah Pula” Tiara Jacquelina Seru Puteri Gunung Ledang Yang Baharu

“Biar Saya Fokus Mengarah Pula” Tiara Jacquelina Seru Puteri Gunung Ledang Yang Baharu

Setelah melihat kejayaan tiga siri Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang dipentaskan 14 tahun lalu, Puan Sri Tiara Jacquelina kongsikan berita baik buat peminat teater yang banyak memenangi anugerah emas ini. Sekembalinya PGLM pada tahun hadapan, ia bakal dilakonkan oleh hampir semua pelakon baharu dan Tiara pula mengambil alih kerusi pengarah daripada Datuk Zahim Albakri dan Adlin Aman Ramlie pada versi-versi terdahulu.

PGLM bakal membuka tirai di Esplanade Theatre, Singapura pada Jun 2020 sebelum kembali ke Panggung Sari Istana Budaya. Menariknya kali ini, Enfiniti Productions juga merancang untuk membawa teater ini menjelajah seluruh negara sebagaimana kejayaan Teater Muzikal Ola Bola tahun ini. Tidak cukup sekadar itu,

Jika semuanya berjalan lancar, kami merancang untuk mempersembahkannya di beberapa negara, dan berkongsi dengan khalayak global hikayat legenda Malaysia yang tidak berkesudahan ini.” Tiara Jacquelina, Pengarah Puteri Gunung Ledang The Musical.

Berita baik buat artis-artis panggung yang telah lama menanam impian untuk menyertai PGLM. Mungkin bakat kamu yang dicari Enfiniti Production untuk teater berskala besar ini? Sertai sekarang dan mungkin ia bakal mengubah impian kamu menjadi realiti!

Pencarian untuk semua watak dan peran utama, Gusti Puteri dan Hang Tuah secara rasminya telah bermula sejak 1 November lalu. Enfiniti (M) Sdn Bhd hari ini mengumumkan tarikh permulaan ujibakat atas talian untuk muzikal yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, peluang untuk kamu masih terbuka dengan melihat syarat-syarat yang ditetapkan di akaun Instagram Enfiniti di bawah.

Ujibakat Terbuka Puteri Gunung Ledang The Musical 2020

Di atas permintaan yang memberangsangkan untuk Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang, Enfiniti bakal membuat sesi ujibakat terbuka selama tiga hari pada;

Butiran Ujibakat Terbuka;
Enfiniti Studios.
22 & 23 November 2019 : 3 petang – 10 malam
24 November 2019 : 10 pagi – 10 malam

Dengan itu, Enfiniti telah memendekkan durasi ujibakat atas talian kepada tarikh akhir yang baharu iaitu pada 17 November 2019. Jika kamu segan untuk memuat naik video ujibakat kamu di Instagram, emel saja ke projek@enfiniti.com.my.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE