SEARCH

10 Perkara Yang Tidak Boleh Dilepaskan Jika Kamu Ke Rainforest Fringe Festival 2017

10 Perkara Yang Tidak Boleh Dilepaskan Jika Kamu Ke Rainforest Fringe Festival 2017

Rainforest Fringe Festival (RFF) bakal berlangsung terlebih dahulu sebagai festival pembuka bagi Rainforest World Music Festival (RWMF) untuk tahun ini bermula dari tanggal 7 hingga 16 Julai 2017 di The Old Courthouse, Kuching, Sarawak.

Merangkumi acara-acara adibudaya seperti bazar kraf, instalasi seni, pameran fotografi, ceramah dan perbincangan, tayangan perdana, konsert serta pertunjukan fesyen yang memaparkan hasil kerja artisan, jurugambar dan pereka fesyen ternama kelahiran Bumi Kenyalang.

Dibawakan secara eksklusif oleh Joe Sidek Productions, RFF juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Pelancongan Sarawak, Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, Kementerian Seni, Budaya dan Warisan Sarawak, juga Rainforest World Music Festival.

RFF dianjurkan bagi menyebarkan pengetahuan tentang budaya Sarawak serta memperkenalkan warisannya yang kaya ke persada dunia seperti 10 perkara yang kamu tidak boleh lepaskan jika ke Rainforest Fringe Festival 2017, seperti di bawah:

 

Web

1 –  SADA KAMEK: MUSIC OF SARAWAK

“Muzik adalah cara alam semulajadi bercakap dengan manusia. Muzik datang dari percikan air terjun, sepoi-sepoi hembusan bayu… bunyi sayap burung berterbangan… Ini muzik kami: Sada Kamek dalam Bahasa Iban.”

Mengangkat kesenian dan muzik peribumi Sarawak, Sada Kamek menampilkan barisan penyanyi yang juga berasal dari Sarawak. Antaranya Dayang Nurfaizah, Noh Salleh, Tony Eusoff, Nading Rhapsody, At Adau, Pete Kallang, Alena Murang dan Mathew Ngau.

 

2

2 – JIMMY NELSON: BEFORE THEY PASS AWAY

Sejak 31 tahun lalu, jurufoto dan jurnalis Jimmy Nelson mengembara untuk menangkap foto landskap dan potret eksentrik suku-suku dan kaum peribumi yang terdapat di seluruh dunia. Dengan tujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang budaya suku asli, Nelson menangkapi kepingan foto yang menakjubkan sehingga menangkap perhatian dunia.

 

3

3 – FASHION GALA – SARAWAK: THEATRE OF CLOTHES

Pertunjukan fesyen yang menampilkan pereka-pereka fesyen kelahiran Sarawak seperti Edric Ong, Tom Abang Saufi, Ramsay Ong, Tanoti, Neng dan Kho Razali dengan penampilan istimewa pereka undangan, Priscilla Ong Shunmugam.

Terkenal dalam dan luar negara, busana-busana mereka melewati pentas peragaan dengan persalinan unik dan corak-corak bermotifkan etnik Sarawak. Fabrik “Pua Kumbu” mendapat sentuhan kontemporari urban dari Ong Shunmugam.

 

4

 4 – PAMERAN FOTOGRAFI ALAMI CH’IEN LEE

Keindahan dan kepelbagaian biodiversiti ditangkapi sempurna oleh jurugambar yang bernama Ch’en Lee ini. Seorang bekas botanis, hasil kerja Lee diterbitkan dalam majalah dan buku-buku serta pustaka ilmiah. Antaranya “Visions of Mulu”, “Pitcher Plants of Sarawak” dan “The Fishers of Kuching Rivers”.

 

5

5 – K.F. WONG

Terkenal dengan hasil kerja awal mendokumentasikan suku-suku peribumi Sarawak dengan menggunakan kamera Rolleiflex, Wong Ken Foo tinggal bersama suku kaum Dayak bagi mempelajari selok belok kehidupan, budaya dan adat resam mereka. Ia memberi peluang buat anak jati Sarawak ini menangkapi foto-foto luar biasa tanpa dirancang dengan sempurna.

 

6

6 – Talk – Alfred Wallace

Seorang pengembara, ahli geografi dan antropologis, Alfred Wallace ditabalkan sebagai tokoh tersohor pada abad ke-19 di United Kingdom. Dia dikenali sebagai “Bapa Biogeografi” dan terkenal kerana “Teori Evolusi (Pemilihan Semulajadi)”, di mana penemuannya diterbitkan bersama dalam buku nukilan Charles Darwin pada 1858.

Wallace mengembara ke seluruh pelusuk Kepulauan Melayu (Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia) di antara 1854-1862 Masihi dan berjaya mendokumentasi 126,000 spesis unggas di seluruh Nusantara. Pada 1855, Wallace berlabuh di Kuching sebagai tetamu Raja Putih Sarawak pertama, James Brooke.

Semasa lawatannya, Wallace ditempatkan di perumahan kerajaan di Santubong. Dalam hanya masa tiga hari, Wallace berjaya menulis kertas kerja penemuannya yang bertajuk “On The Law Which Has Regulated The Introduction of New Species”. Kemudian ia dinamakan sebagai “Sarawak Law” dan diterbitkan pada September 1855.

 

7

7 – Alena Murang

Seorang pelukis wanita, Alena Murang juga seorang ahli muzik, penari dan artisan yang berikrar untuk menjaga dan memelihara kesenian dan warisan Borneo, khususnya negeri Sarawak. Alena percaya, seni adalah wadah positif. Alena juga mempunyai yayasan seni bernama “Art4”, yang memberi penekanan terhadap pembuatan kraf, pembelajaran muzik tradisional dan kuliah seni.

 

8

8 –Raphael Scott Ahbeng

Salah seorang pelukis seni visual asal Borneo yang tersohor, Raphael Scott Ahbeng ialah pakar pelukis landskap semulajadi Sarawak. Warna merah terang menjadi rona pilihan, hasil karyanya tergantung di kebanyakan institusi-institusi kerajaan negeri dan bangunan-bangunan badan swasta di seluruh Sarawak.

 

9

9 – OH ! RAINFOREST

Menawarkan pengalaman seni dan tema hijau “evergreen wonderland”. Seperti memasuki janin alam semulajadi yang penuh dengan keajaiban dan warna, ‘OH! Rainforest’ adalah sebuah campuran antara keseronokan dan pembelajaran tentang hutan hujan.

 

10

 10 –  KENDY MITOT

Seorang artisan dari suku kaum Bidayuh, Kendy Mitot mempersembahkan budaya peribumi Sarawak melalui instalasi seni. Hasilnya, sebuah projek seni budaya yang sangat cantik dan asli. Kendy pernah memenangi beberapa anugerah seni dan menganjurkan pameran seni di seluruh Malaysia.

 

Intro Pic

Layari laman sesawang rasmi www.RainforestFringeFestival.com untuk maklumat lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE