SEARCH

Raja Azura Tak Patut Tersingkir Di Gegar Vaganza 4 Minggu 3

Raja Azura Tak Patut Tersingkir Di Gegar Vaganza 4 Minggu 3

Raja Azura akhirnya tersingkir pada Konsert Gegar Vaganza 4 Minggu 3 (GV4M3). Pengacara yang lebih dikenali sebagai Kak Engku ini menamatkan perjalanan GV dengan penuh bermaruah.

Mana tidaknya, Kak Engku menyanyikan “Perhaps, Perhaps, Perhaps” (Doris Day) jauh lebih baik berbanding beberapa peserta yang sememangnya bergelar penyanyi di pentas GVM3, malam kelmarin. Mungkin nasib tidak menyebelahi Kak Engku, GV4M3 menjadi pentas terakhir dia beraksi.

Yang paling menyerlah malam tadi ialah Haida Hafiz dengan lagu “Kenangan Bersama Mu” dari kumpulan Lefthanded. Haida menyanyikannya seperti lagu dia sendiri. Sedikit pun tidak kedengaran lenggok tuan si empunya lagu.

Haida Hafiz Gegar Vaganza 4 Minggu 3 STAILMY

Itulah Gegar Vaganza (GV), kamu tidak akan menjangka siapa yang menyerlah dan siapa yang terendah seperti yang terbukti di Gegar Vaganza 4 Minggu 3.

Sama halnya Firman dengan lagu “Zalikha” (Floor 88). Jika di GV4M2 dia antara lima yang teratas, minggu ini saya kira dia yang paling terbawah. Bosan juga pabila semua lagu dibawa meleret begitu.

Seperti dijangka, Aishah dan Liza Hanim masih lagi mengungguli pentas GV. Aishah bersenang hati membuka GV4M3 dengan lagu “Terukir Di Bintang” (Yuna) dan Liza Hanim dengan “Lagu Untukmu”. Walaupun Liza Hanim sedikit terkucil di pengakhiran lagu, ia masih lagi boleh dimaafkan kerana umum mengetahui lagu ini hanya mampu dinyanyikan oleh Azlan (penyanyi asal Meet Uncle Hussein) sahaja.

Syura juga wajar diberikan pujian kerana membawa “Knock Knock” dengan begitu lancar sekali. Memanglah lagu Elizabeth Tan ini jatuh di bawah kategori mudah namun mengenali Syura yang kental dengan nuansa tradisional, dia berjaya menyampaikan lagu moden ini.

Hazami sedikit hambar mendendangkan “Joget Kenangan Manis” (Sudirman), Tia Jinbara kaget menyanyikan “Bila Resah” (Anuar Zain) dan Lan Kristal dengan “Sayang-Sayang” (Aliff Aziz) manakala Aqasha dan Elyana biasa-biasa menyanyikan “Cinta Tak Keruan” (Iwan) dan “Wulan Merindu” (Cici Faramida). Namun semuanya masih lagi konsisten.

Rata-rata persembahan pada GV4M3 masih lagi baik. Tidak sabar rasanya menunggu GV minggu hadapan dengan tema “Berdua Lebih Baik”.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE