SEARCH

Sambut Raya Dengan Sempurna Seadanya Sepanjang Syawal

Sambut Raya Dengan Sempurna Seadanya Sepanjang Syawal

Pengisian Syawal disemarakkan dengan himpunan rancangan televisyen terhebat merangkumi program hiburan variasi, muzikal dan komedi, koleksi filem-filem terlaris tempatan dan antarabangsa, drama bersiri terkini, telefilem serta program kanak-kanak dan animasi. Astro menawarkan variasi program istimewa di kesemua platform merangkumi rancangan hiburan TV, radio, kandungan premium dan digital, iklan komersial serta promosi bonus ganjaran melalui kempen Sempurna Seadanya.

“Menerusi Kempen ‘Sempurna Seadanya’, Astro menjanjikan tawaran kandungan yang cukup komprehensif sepanjang musim perayaan bagi memberi nilai tambah kepada para pelanggan yang setia menyokong kami selama ini,” ucap Dato’ Khairul Anwar Salleh selaku Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro.

Bersempena Kempen ‘Sempurna Seadanya’, lebih 230 buah program televisyen istimewa termasuk 152 buah program baharu bakal memeriahkan musim perayaan ini di kesemua rangkaian saluran Melayu Astro. Istimewa, program kesetiaan pelanggan menerusi Astro Rewards dengan kerjasama AirAsia selaku rakan penaja akan menawarkan harga terendah untuk penerbangan ke 17 buah destinasi menarik di China.

10 KANDUNGAN ‘SEMPURNA SEADANYA’ YANG MENARIK SEPANJANG SYAWAL 2019

1 – Pasangan hos popular Nabil Ahmad & Neelofa bakal menemani penonton pada malam raya tahun ini menerusi program ‘MeleTOP Raya’ di saluran Astro Ria dan Ria HD yang menampilkan keluarga selebriti popular tanah air sebagai artis jemputan iaitu keluarga besar Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turut diiringi kehadiran Siti Aafiyah, Ariff Jiwa, Tya Arifin dan Asyraf Khalid.

2 – Hiburan tanpa henti pada malam raya turut menghidangkan program ‘Sepahtu Reunion Al Raya 2019’ menerusi saluran Astro Warna dan Warna HD yang menampilkan Mira Filzah, Atikah Suhaime, Rozita Che Wan dan Dato’ Jamal Abdillah selaku selebriti jemputan.

3 – Koleksi filem-filem terlaris tempatan dan antarabangsa dari yang terkini hingga ke retro turut menemani penonton sepanjang Aidilfitri ini seperti Hantu Kak Limah, Polis Evo 2, Abang Long Fadil 2, Pengabdi Setan, Dukun, Munafik 2, Train To Busan, Midnight Runners, Bad Genius, Mann, Kabhi Khushi Kabhie Gham dan Kuch Kuch Hota Hai.

4 – Tidak terhenti di situ, pelbagai program berbentuk hiburan dan muzikal bakal disajikan sepanjang Syawal termasuklah program istimewa ‘Gegar Vaganza Raya Muzika’ (Astro Ria), ‘Geng Big Stage Beraya’ (Astro Ria), ‘Cinta Overhaul Aidilfitri’ (Astro Warna) yang menampilkan Erra Fazira serta penampilan istimewa Dato’ Jamal Abdillah sebagai ‘Zack’ dan Norlia Ghani sebagai ‘Azura’.

5 – Penonton juga akan dihiburkan dengan pelbagai program hiburan berunsur komedi sepanjang musim perayaan ini menerusi saluran Astro Warna & Warna HD seperti ‘MLM Raya 2019’, ‘Sepahtu Reunion Raya Gear 5’, ‘Arena Panggang Marah-Marah Sayang’. ‘The Hantus’ arahan Nabil Ahmad yang pernah disiarkan untuk langganan di platform Astro First Eksklusif tahun lalu.

6 – Drama bersiri sensasi turut menanti antaranya minggu akhir ‘Curi-Curi Cinta’ (Aiman Hakim Redza dan Zahirah Macwilson) yang akan jatuh pada minggu kedua Syawal dan disusuli dengan drama terbaharu lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose menerusi ‘Setelah Lafaznya Akad’.

7 – Manakala telefilem turut dibariskan seperti ‘Cerita Raya Luar Biasa’ (Wany Hasrita, Ismail Izzani, Andi Bernadee), ‘Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya’ (Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah), ‘Kan Ku Kejar Cinta Kamu Raya’ (Fendy Bakry dan Amyra Rosli), ‘Buku Resipi Mak Esah’ (Sherry Al Hadad), ‘Jihan Spooky Show’ (Jihan Muse) dan ‘Raya Kolumpo’ (Nabil Ahmad, Jalil Hamid dan Zulin Aziz).

8 – Atas permintaan ramai, Astro Prima dan Prima HD turut membariskan koleksi throwback naskhah-naskhah sedih yang pastinya mengundang deraian air mata menerusi ‘Pondok Buruk 1’, ‘Pondok Buruk 2’, ‘Quran Buruk’, ‘Pondok Plastik Tepi Kubur’ dan ‘Kereta Sorong Nenek’. Telefilem-telefilem ini telah dinaik taraf dalam format definisi tinggi untuk dipertontonkan buat pertama kalinya pada hari raya kelak.

9 – Program animasi juga turut disajikan sepanjang Syawal menerusi saluran Astro Ceria seperti koleksi siri animasi ‘Nussa’, ‘Upin Ipin Raya’ dan ‘Omar & Hana’.

10 – Pertandingan nyanyian terbaharu ‘Ceria Megastar Ministar’ yang menampilkan Datuk Aznil Nawawi dan Zizan Razak sebagai juri tetap.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE