SEARCH

Hari Raya Di Tengah Kota, ‘Raya Seribu Impian’ Di Pavilion KL

Hari Raya Di Tengah Kota, ‘Raya Seribu Impian’ Di Pavilion KL

Raikan Raya Seribu Impian di pusat beli-belah perdana, Pavilion Kuala Lumpur (Pavilion KL) sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini.

Bak meraikan seribu impian, Pavilion KL menghampar permaidani hijau untuk pengunjung dan pelanggan setia bagi merasai perasaan beraya seperti di kampung, tetapi di tengah-tengah kota.

Bermain rona hijau, emas dan merah, dekorasi perayaan yang meraikan perasaan gembira, berkongsi cerita dan memenuhi impian ini mengolah unsur yang harmoni dan sentosa. Sehubungan dengan ‘Visit Pavilion 2018’ juga, ruang legar utama (centre court) dihiasi dengan meriah dan sepenuhnya.

Sedia terpesona melihat bunga-bunga raya gergasi yang kembang daripada anyaman tikar mengkuang, batang-batang pelita yang tersusun rapi dan lampu-lampu perhiasan yang berjuntai, berkedipan bak bintang. Terdapat juga buaian istimewa Swarovski untuk kamu berswafoto bersama.

Bagi menambah keberkatan pada kempen raya 2018 ini lagi, 100 anak-anak yatim dari dua rumah kebajikan berbeza iaitu Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa dan Rumah Amal Al-Firdaus dijemput bagi meraikan bersama kemeriahan ‘Raya Seribu Impian’.

Inisiatif ini sebahagian daripada tanggungjawab korporat dan sosial yang dijalankan Pavilion KL bagi memberi kebaikan dan menyebarkan kebahagiaan kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia sepanjang bulan mulia ini.

Dengan itu, Pavilion KL berbesar hati menyediakan pentas bagi sebarang sumbangan orang awam dan sedia menyumbang untuk kebaikan rumah-rumah kebajikan tersebut. Sepanjang kempen ini juga, Pavilion KL akan menggantung surat-surat permintaan daripada pelbagai rumah-rumah kebajikan. Siapa tahu impian mereka bakal menjadi kenyataan?

Tambah rencah, alunan lunak lagu tema yang bertajuk “Seribu Impian” nyanyian Datuk Syafinaz Selamat menyamankan suasana.

Raya Seribu Impian PAVILION KL BY STAIL.MY 1

2018 adalah penanda aras bagi Pavilion KL, untuk kami menyambut ulangtahun ke-10 dengan pelbagai penawaran ganjaran dan impian kepada pengunjung. Bersempena ‘Raya Seribu Impian’ juga, kami ingin menangkap esen Hari Raya, agar impian menjadi kenyataan” – Kung Suan Ai, Pengarah Pemasaran Pavilion KL

Tekan www.instagram.com/PavilionKualaLumpur untuk foto-foto dekorasi raya yang menakjubkan dan informasi lanjut berkenaan kempen ‘Raya Seribu Impian’.

Raya Seribu Impian PAVILION KL BY STAIL.MY 2

Raya Seribu Impian PAVILION KL BY STAIL.MY 3

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE