SEARCH

#ReaksiWarganet CATS – Filem Adaptasi Paling ‘Flop’ Abad Ini!

#ReaksiWarganet CATS – Filem Adaptasi Paling ‘Flop’ Abad Ini!

Filem adaptasi dari pentas muzikal dengan nama sama, CATS nampaknya mendapat kecaman yang teruk oleh warganet di merata-rata pelosok dunia. Sejujurnya, saya masih belum lagi menonton filem lakonan Taylor Swift yang satu ini kerana saya sudah menanam azam yang saya akan menonton muzikalnya terlebih dahulu.

Secara naifnya saya ingat saya boleh mendapat sedikit informasi tentang filem ini di Twitter, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila mendapati rata-rata filem ini mendapat kecaman demi kecaman tak berhenti sudah. Sepertinya semua orang meluahkan perasaan bercampur baur dan keliru setelah melihat filem arahan Tom Hooper ini.

Saya membaca kemarahan. Saya membaca keterujaan. Saya membaca kekeliruan. Semuanya mengaduk. Dalam banyak hal, ia Twitter seperti biasa, jadi apa yang majoriti penonton fikirkan tentang filem 2019 yang paling ditunggu-tunggu tentang manusia yang memainkan watak kucing yang sangat terkenal ini?

#ReaksiWarganet CATS – Filem Adaptasi Paling 'Flop' Abad Ini!

“Filem CATS adalah pengalaman sinematik paling aneh, paling membingungkan, ‘ajaib’ dan menakjubkan yang pernah saya alami,” kata Alan Henry dari Broadway World. “Saya tidak pasti apa yang berlaku tetapi saya tahu ia adalah sesuatu yang pantas untuk dialami,” tambahnya lagi.

Okay, itu reaksi yang positif. Dan saya kira satu-satunya reaksi yang positif yang dapat saya temukan. Walau bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan Henry. Penulis dari Variety, Caroline Franke menyifatkan filem ini terlalu ‘terangsang’ untuk kebaikannya sendiri.

Rachel Handler, penulis dari Vulture pula menganggap apa sahaja yang dibayar oleh pihak produksi kepada Judi Dench tidak berbaloi (untuk menanggung malu ini).

Kyle Buchanan dari New York Times menulis, “Menonton CATS adalah seperti menonton kategori porno yang tidak pernah diketahui dan tidak suci. Setiap kali ‘syaitan berbulu’ ini menjilat susu (menggunakan lidah) dan mulai mengerang, saya yakin FBI akan menyerbu pawagam,” ulasnya.

Jadi semua reaksi ini… teruk? Kamu rasa? Jangan berhenti membaca dahulu, #ReaksiWarganet makin keliru dan keliru!

“CATS adalah fantasi yang tidak diingini dan menontonnya membuat saya berasa seperti kehilangan fikiran saya. Pergi tonton sekarang!” ulas Isaac Feldberg dari Fortune.

Seterusnya, Los Angeles Times mungkin sudah menamatkan spekulasi tentang ‘kekeliruan’ dan ‘keterukkan’ filem ini dalam satu tamparan reviu. Ketik pautan di bawah untuk membacanya.

CATS is a horror – and occasional hoot” Los Angeles Times

Mujur saya mengambil keputusan untuk tidak menonton filem ini di wayang seperti rancangan saya sebelumnya.

Kesimpulannya, satu-satunya cara untuk menyelesaikan misteri sekitar apa sebenarnya yang terjadi di filem adaptasi CATS ini adalah dengan menontonnya sendiri. Apakah ia benar-benar teruk dan aneh seperti yang dicanang-canangkan warganet? Persoalannya, adakah kamu berani untuk MENYESAL setelah menontonnya? Tepuk dada, tanya selera.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE