SEARCH

Apa?!?! Vivy Yusof Dah Ada Program TV Sendiri?

Apa?!?! Vivy Yusof Dah Ada Program TV Sendiri?

 

LOVE, VIVY STAIL.MY
Program ini bakal menyaksikan lifestyle Vivy yang full of colors!

Memulakan perniagaan atas talian bersama suaminya lima tahun dahulu secara kecil-kecilan menjadikan Vivy antara entrepreneur wanita yang cukup disegani hari ini. Dengan hanya tiga pekerja pada awalnya dan 10 jenama sahaja, hari ini Fashion Valet menjadi hab beli-belah atas talian yang cukup popular di kalangan wanita tempatan.

Nama Vivy Yusof tidak lagi asing dalam bidang ini. Selain bisnesnya dia juga seorang fesyenista hijab yang senantiasa dinanti kemunculannya di media sosial. Dengan 445 ribu pengikut di akaun Instagram miliknya, Vivy menjadi inspirasi kepada ramai wanita muda di luar sana yang mahu berjaya sepertinya.

Jadi kiranya sudah tiba masa untuk ibu muda dua anak ini memiliki program realti televisyennya sendiri. Program yang diberi judul Love, Vivy ini baru-baru ini ditayangkan secara eksklusif di GSC Signature The Gardens buat teman media dan tetamu terpilih. Lapan episod kesemuanya, siri pertama yang dipertontonkan boleh disifatkan cukup fun sekali. Ini 5 sebab mengapa siri realiti TV ini harus diikuti bukan sahaja pengikut Vivy tetapi semuanya sekali.

 

IMG_36051) Gaya hidup Vivy sebagai entrepreneur padat dengan aktiviti hariannya, daripada berjumpa klien sehingga gurau mesranya bersama staf di pejabat Fashion Valet.

2) Selain menampilkan kesibukan hariannya sebagai usahawan, penonton juga akan dipertontonkan dengan aktiviti Vivy sebagai isteri dan ibu kepada Maryam dan Daniel.

3) Vivy witty orangnya. Guraunya dalam episod pengenalan merakam dia memperkenalkan dirinya sebagai Kim Kardashian sebelum menyebut nama sebenarnya.

4) Penonton bakal melihat betapa sibuknya Fashion Valet dan diperkenalkan dengan staf-staf Vivy yang turut ditemu bual tentang bos mereka itu.

5) Tidak hanya memaparkan aktiviti di FV, penonton juga dibawa ke kediaman Vivy dan memperkenalkan seluruh keluarga terdekatnya. Lihat juga aksi Vivy di dapur!

 

Bagi penggemar ikon media sosial dan usahawanita ini tonton kisah Vivy bermula 11 April jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE