SEARCH

Respons Terbaik Blac Chyna Terhadap Drama Yang Dicetuskan Rob Kardashian Setakat Ini

Respons Terbaik Blac Chyna Terhadap Drama Yang Dicetuskan Rob Kardashian Setakat Ini

Tika berada di Rom, lakukan seperti orang Romani. Melainkan jika kamu tersepit dalam sasaran buli siber oleh bekas kekasih kamu, lakukan seperti Blac Chyna yang mewarnakan rambut dalam warna pelangi!

Berikutan hubungan cinta dia yang retak menanti belah bersama Rob Kardashian, saga kisah cinta dan percurangan dua selebriti sensasi Hollywood ini maju lagi setapak dengan Blac Chyna memutuskan untuk melibatkan peguam dan membawa kes ini ke mahkamah.

Sambil melibas-libas rambutnya, Blac Chyna kelihatan sangat gembira bersama teman baru, seorang peninju profesional, J’leon Love.

A post shared by @blacchyna on

Kemuncak drama meletus apabila Rob membocorkan maklumat peribadi tentang perhubungan dia bersama Chyna di laman rasmi Instagram, termasuk kepingan pornografi yang melibatkan beberapa bahagian sulit Blac Chyna serta video intim Chyna bersama kekasih barunya itu.

Rob Kardashian juga mendapat “Perintah Larangan” oleh mahkamah yang melarang dia mendekati secara fizikal atau mengirim atas talian sebarang informasi atau gambar Black Chyna sementara kes sedang dalam siasatan. Akaun rasmi Rob Kardashian juga dipadam serta-merta oleh Instagram kerana melanggar peraturan komuniti media sosial perkongsian gambar terbesar dunia itu.

Respons Chyna? Hanya dengan mengirim beberapa kepingan gambar dalam laman Instagram, berbesar hati kepada Kendra’s Boutique di Atlanta, US kerana telah menaja rambut sambungannya, juga berterima kasih kepada Kellon Deryck, penggaya rambut yang telah mengadun sempurna warna-warna pelangi ini.

Mystical ????

A post shared by @blacchyna on

Saya melihat Blac Chyna bijak mendepani situasi ini dengan tidak bermain api sama api. Sebaliknya dia mewarnakan rambut dengan warna-warna pelangi yang ceria bagi menunjukkan yang dia tidak terkesan sama sekali dengan perlakuan kurang matang Rob. Kes mungkin berpihak kepada Chyna kerana tiada sebarang bukti balas buat Rob gunakan bagi melawan pertuduhan ini.

Rombakan gaya ini memang sesuai untuk menarik jauh perhatian haters yang berterusan mengecam Blac Chyna dalam sandiwara Rob Kardashian ini. Apa kata mereka mainkan sahaja video libasan rambut pelangi ini dan jadi ceria seperti Blac Chyna. Kehidupan ini indah tanpa perlu ambil tahu masalah orang.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE