SEARCH

#REVIEW Baywatch 2017: Antara Priyanka Chopra & Kisah Penyelamat Pantai Yang Ketandusan Idea

#REVIEW Baywatch 2017: Antara Priyanka Chopra & Kisah Penyelamat Pantai Yang Ketandusan Idea

Intro Pic

Membesar dalam keluarga tradisional Melayu, saya tidak pernah menonton Baywatch sewaktu membesar. Sebagai seorang dewasa, saya mengerti akan elemen fantasi yang dicanang-canang filem penyelamat pantai yang satu ini.

Sekumpulan penjaga-penjaga pantai hot bersama-sama membanteras jenayah yang terjadi di sekitar pantai Los Angeles. Dengan aksi ghairah dan hot, adegan cinta dan adegan hot sekali lagi. Cuaca musim panas dambaan orang Barat, baju renang yang lebih singkat daripada biasa. Segalanya hot-hot belaka.

Walaupun saya boleh dikira masuk dalam generasi milenial, saya tidak nampak sebarang kaitan semua ini dengan diri saya. Mahupun bagi semua rakyat Malaysia, pantai dan cuaca panas bagi kita hanyalah perkara normal yang terjadi di negara kita yang berada tepat di garisan Khatulistiwa ini.

Pantai paling dekat dengan Lembah Klang mungkin Morib (yang sekarang entah kenapa dipanggil Gold Coast) atau Port Dickson di Negeri Sembilan. Tidak satu pun pantai-pantai ini melambangkan Baywatch di kedua anak mata saya. Mungkin kerana faktor budaya ketimuran kita yang lebih konservatif menyukarkan saya untuk merasa filem ini.

Siri Baywatch yang lama juga disiarkan di rangkaian televisyen berbayar. Saya masih ingat sewaktu itu sebelum kewujudan ASTRO, MegaTV wujud terlebih dahulu. Era 90’an dahulu, memiliki rangkaian televisyen berbayar bukanlah menjadi suatu keutamaan. Jadi Baywatch versi 2017 ini boleh dikatakan memberi saya sedikit perasaan teruja untuk menontonnya.

Lagi pula, Dwayne ‘The Rock’ Johnson terpilih sebagai pemeran utama. Saya membesar menonton The Rock bergusti di arena WWE ketika kecil, sudah tentu saya teruja mahu melihat dia bergusti pula di tepi pantai Los Angeles. Tambahan lagi dengan penampilan Zac Efron dan Priyanka Chopra sebagai penyeri. It’s a reunion of my childhood favourite actors and actress in one single film.

GAMBAR DALAM (BAYWATCH)

Namun jangkaan saya untuk filem ini ternyata meleset. Awalnya pada hemat saya, dengan meletakkan Dwayne Johnson sebagai teraju utama, Baywatch 2017 ini tidak lah terlalu berbau sebuah filem #whitewash, tetapi itu lah yang saya lihat dari awal hingga filem ini berakhir.

Pelakon-pelakon yang ‘berwarna’ sering diberi peranan antagonis atau watak penjahat (dengan beberapa pelakon ‘berwarna’ yang terkecuali’). Melihat poster yang beraneka bangsa hanya wayang semata-mata.

Ia membangkitkan memori-memori filem Hollywood lain yang pernah saya tonton sebelum ini. Jika watak-watak samseng jalanan sering diberi kepada pelakon-pelakon kulit hitam atau watak taiko dadah sering diberi kepada pelakon-pelakon Oriental, kali ini Baywatch 2017 meletak seorang pelakon Bollywood sebagai penjahat utama.

Sedikit terkilan rasanya melihat Priyanka Chopra (Victoria Leeds) memegang watak sebagai penyeludup dadah dan samseng yang bertanggungjawab ke atas banyak kematian di pantai yang cukup popular di barat daya Amerika Syarikat ini.

Senario pelakon-pelakon ‘berwarna’ yang hanya layak memegang watak-watak jahat nampaknya masih lagi belum terhakis di era Hollywood moden hari ini. Ia seperti mengiakan manifesto Trump terhadap “ancaman” rakyat-rakyat berwarna terhadap politik ketuanan kaum kulit putih US.

Pada akhirnya, Baywatch 2017 tidak lain hanya sekadar filem komersial yang menjaja susuk tubuh seksi yang hot semata-mata. Jalan cerita yang bosan dan sarat dengan adegan-adegan Hollywood yang klise serta lawak-lawak spastik.

Pendapat saya terbuka untuk peminat tegar Baywatch perbetulkan. Namun tetap bagi saya filem ini seperti filem-filem klise Hollywood yang lain. Tak lain tak bukan hanya seperti filem The Fast & Furious Goes to the Beach.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE