SEARCH

Review: By the Sea

Review: By the Sea
Gambar oleh Merrick Morton/Universal Pictures via AP
Gambar oleh Merrick Morton/Universal Pictures via AP

Apakah kamu faham akan perasaan cinta yang amat mendalam? Cinta yang membuat kamu menerima apa sekali pun kekurangan dan kamu padamkan kebencian terhadap seseorang itu. Kerana perasaan cinta kamu itu yang sangat mendalam dan luas hingga mampu membaluti keseluruhan kebradaan kamu dan pasangan kamu. Bila mana kamu sanggup memperbetulkan semua kesalahannya dan mahu dia menjadi insan yang lebih  baik, mempebaiki dirinya dan terus-terusan bersama kamu selamanya.

Itulah yang digambarkan Angelina Jolie Pitt dalam filem terbaru arahannya, By the Sea. Dia menulis tentang keagungan cinta seorang suami terhadap isterinya. Yang mana dia cuba sedaya-upaya menerima setiap kekurangan isterinya dan menunjukkan dia ke jalan yang benar dan kembali memperbaiki perhubungan mereka yang mungkin terlerai.

Roland (penulis, Brad Pitt) dan Vanessa (penari, Angelina) pasangan dari Amerika datang ke kedesaan Perancis berhampiran laut. Roland mahu menulis novel baru di sini. Pertengahan era 70-an menjadi latar keseluruhan filem ini. Dan di sinilah mereka masing-masing berdepan dengan permainan emosi dan mental. Vanessa digambarkan sering mengalami gangguan emosi dan cuba sedaya upaya memahami Roland. Manakala Roland pula dalam percubaannya menerima kekurangan Vanessa yang sering depress sering ke pekan berhampiran untuk minum dan mabuk. Mereka kemudian mengenali pasangan yang menginap bilik bersebelahan di hotel mereka. Dari sini mereka mula menyelesaikan satu-persatu masalah yang mereka pendam.

Biarpun pada akhirnya, Vanessa yang digambarkan bersalah sebagai punca semua masalah yang mereka hadapi tetapi seperti yang saya sebut tadi, kerana cintanya yang mendalam Roland menemui jalan penyelesaian setelah cuba sedaya-upaya memahami isi hati Vanessa. Seluruh filem sangat kuat membawa konsep filem indie Eropah. Seperti filem terdahulu arahan Jolie-Pitt, kita sama sekali tidak menyangka bahawa Angelina mampu memberikan nukilan sebegini. Sepenuhnya lari daripada filem-filem komersil biasa lakonannya malah suaminya sendiri, Brad Pitt. Secara keseluruhan, filem ini amat memuaskan. Kerana saya amat mementingkan sinematografi dan styling, Jolie-Pitt memenuhi kedua-dua kriteria ini dengan sempurna. Syabas untuk Jolie-Pitt kerana keindahan filem arahannya ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE