SEARCH

#REVIEW Ed Sheeran (DIVIDED) – Nukilan Muzik Yang Menyatukan Dunia

#REVIEW Ed Sheeran (DIVIDED) – Nukilan Muzik Yang Menyatukan Dunia

Seperti yang semua orang tahu, penyanyi, penulis lirik merangkap pembikin lagu, Ed Sheeran baru sahaja melepaskan album baru berjudul ÷ (“Divide”), pada tanggal 3 Mac yang lalu.

‘Divided’ yang berdurasi kira-kira dua jam setengah ini mungkin sahaja mencapai taraf platinum. Belum pun sampai usia sebulan di pasaran, lihat sahaja rekod-rekod yang dipecahkan album ini.

Ia sempat dinobatkan oleh Guinness World Record sebagai “Jualan Album Pop Terlaris di UK”. ‘Divided’ juga mengungguli kesemua carta muzik dan radio utama dunia termasuk carta Top 10 Billboard di Amerika Syarikat.

Paling mengagumkan, ‘Divided’ memecah rekod 16 buah lagu yang berjaya tersenarai dalam senarai UK Top 20, yang juga mendapat pengiktirafan Guinness untuk “Most Simultaneous UK Top 20 singles”.

Nampaknya, peminat-peminat penyanyi lelaki berambut jingga ini jadi tak senang duduk dibuatnya. Ed Shereen pandai menulis majoriti lagu-lagu yang tersenarai di Top 40’s hits di seluruh dunia. Misalnya, lagu terkenal hasil nukilan dia seperti “Love Yourself” nyanyian Justin Bieber atau “Cold Water” bersama Major Lazer.

ED SHEERAN

‘Divided’ juga diramal bakal menjadi album hit terbesar 2017, selepas Adele memenangi anugerah “Album Terbaik” 2016 secara rasmi di Anugerah Grammys 2017 yang lepas. Siapa tahu, mungkin artis lelaki dari England ini pula merangkul gelaran ini, bukan?

Jadi apa yang kamu mahu katakan pada dominasi muzik Ed Sheeran? Sungguhpun kebanyakan lagu dia kedengaran klise dan selalu berentak komersial, tetapi kualiti bunyi, melodi serta lirik melankolik nya tak kalah menang.

Kebolehan Ed Sheeran menulis lagu memang layak diberi pujian. Dia mampu menulis sebuah lagu yang dapat menangkapi emosi dan perhatian pendengar terhadap muziknya. Tak kira sama ada lagu dia yang dalam album atau ketika dia menyanyi secara langsung di konsert.

Boleh dibilang album dia yang berjudul ‘Divided’ ini tidak membahagi-bahagikan manusia (ideologi, politik & jenis muzik), malah lebih menyatupadukan penggemar muzik seluruh dunia. Cuba fikirkan sejenak.

It is a time of “us vs. them” mentality. Kehidupan kita sekarang sebenarnya terasing. Semua diam dalam kelompok muzik masing-masing. Masing-masing berlumba-lumba memberi pendapat. Tanpa disedari, sangat sukar mencari seperkara yang boleh kita semua sepakat bersama. Ditambah pula dengan situasi sosial dan politik, dalam dan luar negara yang sedang kuat berkocak.

Muzik pop sekarang lebih berkiblat pada unsur seks dan rentak bass yang tanpa arah. Mungkinkah sudut perasaan sudah mati dalam genre ini?

KEISTIMEWAAN ALBUM ED SHEERAN

Pada semua ini, sekurang-kurangnya kita semua bersetuju dengan bakat muzik serta nukilan lagu oleh Ed Sheeran. Dia suka menulis lagu-lagu yang ringkas dan catchy. Dia menyanyi sepenuh hati, menyanyi pula tentang “cinta” dan “kehidupan”. Kadang-kadang cukup hanya memetik gitar solo.

Dia juga menyanyi tentang “kematian” atau “putus cinta” yang mengajar pendengar supaya redha dan melepaskan. Ed Sheeran juga mampu menyanyikan lagu-lagu berunsur hip-hop tanpa terdengar terlalu keterlaluan dan pada masa sama menyanyikan lagu-lagu yang kuat berbau budaya Celtic, dalam sebuah album yang sama.

Dalam kata lain, saya kira Ed Sheeran berjaya menyempurnakan definisi yang sepatutnya muzik pop seharusnya sampaikan. Muzik pop yang menawarkan peluang untuk lepas dari realiti dan suara persamaan yang setara untuk semua jenis pendengar muzik.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE