SEARCH

#REVIEW Good Vibes Festival 2018 – 2 Hari Yang Dipenuhi Muzik Festival Yang Lit

#REVIEW Good Vibes Festival 2018 – 2 Hari Yang Dipenuhi Muzik Festival Yang Lit

REVIEW Good Vibes Festival 2018 by STAIL.MY 1

Good Vibes Festival 2018 (#GVF2018) baru sahaja melabuhkan tirainya dengan persembahan-persembahan hebat daripada barisan pemuzik antarabangsa seperti Lorde, Alt-J, Sza dan The Neighbourhood. Tidak lupa juga pemuzik-pemuzik tempatan seperti Hujan, Bil Musa, Pastel Lite dan ramai lagi yang berjaya menarik 15000 peminat muzik serata Malaysia, memenuhi The Ranch, Gohtong Jaya lewat 21 dan 22 Julai yang lalu.

Festival muzik edisi kelima yang berlangsung selama dua hari berturut-turut ini dipersembahkan di empat pentas berasingan dan dibawakan secara eksklusif oleh Toyota Malaysia. Ravindran K selaku Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd berkata, “Mengikuti perkembangan muzik anak muda di Malaysia adalah suatu pengalaman yang menarik.

Kami menghargai setiap yang berkunjung ke #GVF2018 dan mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan di sini. Toyota akan sentiasa menghargai dan menyokong belia Malaysia dengan memperkasa mereka melalui muzik dan minat mereka,” ujarnya.

Ini kali pertama #GVF2018 menyediakan ruang VIP dengan platform yang dinaikkan sedikit tinggi, lengkap dengan tandas dan kawasan santai mereka yang tersendiri. Bagi saya, penganjur pandai mengatur ruang VIP ini di bahagian tepi pentas dan tidak menggangu pandangan pengunjung-pengunjung tiket biasa yang lain. Platform khas untuk kawasan minuman keras juga diasingkan bagi menghormati pengunjung Muslim.

REVIEW Good Vibes Festival 2018 by STAIL.MY 2

REVIEW Good Vibes Festival 2018 by STAIL.MY 3

Hari pertama #GVF2018 dimulakan dengan alunan merdu suara penyanyi merangkap penulis lagu, Lunadira di Pentas Biru. Di Pentas Merah pula, suasana berubah 180 darjah dengan persembahan Zamaera yang memuntahkan kata-kata rap yang lit. Diikuti dengan persembahan kugiran elektro-retro, Pastel Lite.

Seterusnya, Kyoto Protocol terus menghentam pentas dengan lagu-lagu mereka termasuk lagu baru, “Delta Wing” sebelum rapper senior, Altimet mengambil alih pentas bersama The Kawan Band.

Petang Sabtu diteruskan dengan pemuzik elektronik dari UK, SG Lewis yang merubah pentas #GVF2018 dengan muzik yang cool. Sementara matahari mula terbenam di ufuk barat, pemuzik house daripada Perancis, Petit Biscuit mengambil alih pentas dengan hit-hit terbaiknya termasuk “Sunset Lover” yang sesuai sangat dengan suasana.

Dan malam pun melabuhkan punggungnya dengan persembahan daripada pemuzik asal Amerika, Louis The Child yang menyapu habis emosi penonton dengan rentak halus muzik mereka. The Neigbourhood menyapa pengunjung dengan “Sweater Weather” dan berjaya membuat mereka menggila. Malam pertama diakhiri dengan penampilan SZA yang menyerlah dalam sepersalinan sari merah.

REVIEW Good Vibes Festival 2018 by STAIL.MY 4

Hari kedua #GVF2018 pun bermula dengan lunak suara Bil Musa yang mengisi udara di The Ranch. Pengunjung seakan khayal dengan muzik santai yang dibawanya sebelum dikejutkan semula dengan rentak R&B rancak daripada rapper asal Indonesia, Emir Hermono. Froya merampas pentas dengan muzik-muzik berontak dia yang terkenal. Pentas kemudiannya dikemudi oleh raja indie, Hujan dengan muzik-muzik ala 70’an moden yang menawan. 

Sesi petang diperhebat dengan R&B bernada suram bersulam dengan gelombang elektronik daripada Majid Jordan dan HONNE, sampai membuat leka kala mentari pun menyinsing pergi dari pandangan. Senja dihiasi dengan muzik chill daripada Nick Murpy yang mengambil alih pentas sebelum Odesza menghembus semula semangat festival dengan lagu-lagu campuran mereka seperti “Models” dan “Say My Name”.

Akhirnya, persembahan yang dinanti-nanti telah tiba, puteri muzik pop gelap, Ella Marija Lani Yelich-O’Connor atau terkenal dengan nama Lorde membuka pentas dengan lagu “Team”, mengulit malam festival dengan vokal dia yang mempersona dan lagu-lagu terkenal seperti “Royals” dan “Magnets” sebelum membungkus #GVF2018 dengan persembahan super tenaga  “Green Light” menutup tirai Good Vibes Festival 2018.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE