SEARCH

HOMECOMING – Beyoncé Musnahkan Headline Arianna Grande

HOMECOMING – Beyoncé Musnahkan Headline Arianna Grande

Tiada siapa yang mampu mengendalikan ‘kapal’ secekap Beyoncé. HOMECOMING mengesahkan apa yang kita ketahui tentang insan seni bernama Beyoncé Giselle Knowles-Carter ini yakni dia seorang artis yang fenomena.

Di usia media sosial yang berterusan dan bertebaran sana-sini, tidak pernah ada kebocoran dari khemah adibintang pop ini. Tidak ada hebahan akhbar. Tidak ada iklan acah atau gimik-gimik murahan yang biasa dipakai semua. Apabila Queen Bey mahu melepaskan sesuatu, dia melakukannya secara ‘mahal’.

#REVIEW HOMECOMING – A Film by Beyoncé by STAIL.MY 1

Hanya setahun berganti selepas dia menjadi penyanyi wanita kulit hitam pertama (Prince selaku penyanyi kulit hitam pertama dan Björk selaku penyanyi wanita pertama) yang menerajui pentas #Coachella tahun lalu, tiada siapa yang menyangka Beyoncé akan melancarkan satu dokumentari di sebalik tabir persembahannya itu bersama lebih 100 penari, set pentas piramid yang gah, persediaan latihan yang luar biasa dan busana-busana yang mengagumkan.

Tidak lupa juga selingan mutiara kata daripada tokoh-tokoh besar yang mempengaruhi cara pandang Beyoncé melihat kehidupan dan pandangan serta buah fikiran dia sendiri yang dikongsikan bersama dalam dokumentari berdurasi 2 jam 17 minit ini. Dan dia melakukannya kurang dari satu tahun selepas melahirkan anak kembarnya yang bernama Sir dan Rumi. Betapa dia komited dengan kerjaya sambil tidak melupakan peranannya sebagai supermom.

#REVIEW HOMECOMING – A Film by Beyoncé by STAIL.MY 2

Kehadiran dokumentari dan album ‘mengejut’ ini adalah signal bahawa tiada siapa yang mampu menandingi persembahan #Coachella Beyoncé. Not even Ariana. 

Pentas Piramid sebagai wakil sosok ‘berkuasa’ ini selalu ada membayangi artis-artis yang bakal menerajui #Coachella di masa-masa hadapan.

Sampai terdetik di hati, bagaimana dia melakukan? Beyoncé tidak mengambil jalan pintas. Dia memahami dunia muzik dengan cara yang penuh elegan. Perbuatan mendokumentasikan hidup dan perjalanan seninya bermakna dia mengawal imejnya. Imejnya sebagai ratu muzik yang mempunyai peminat fanatik di serata dunia. Sehingga dia dapat mengesan apa sahaja dan itu penting untuk menjadi ejen dalam proses perkembangan kendiri.

Agar legasi cemerlangnya itu tidak terhapuskan oleh sejarah Hollywood yang berat sebelah dengan artis-artis kulit hitam, Beyoncé mengambil langkah campur tangan atas namanya sendiri, secara senyap berfikir bagaimana untuk memahatkan warisan dan nama dengan selamat dalam industri bergemelapan namun kejam yang penuh pancaroba ini. Dan ia menjadi.

HOMECOMING: A Film By Beyoncé dilepaskan bersama album solo #Coachella yang sama dengan nama yang sama, menunjukkan betapa jejak Beyoncé tidak akan pernah padam.

#REVIEW HOMECOMING – A Film by Beyoncé by STAIL.MY 3

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE