SEARCH

#REVIEW Khalid Live in KL Sempena Pembuka Urbanscapes 2018

#REVIEW Khalid Live in KL Sempena Pembuka Urbanscapes 2018

Khalid Live in KL menjadi konsert mini yang membuka Urbanscapes 2018 di KL LIVE dengan jaya.

REVIEW Khalid Live In KL #KhalidLiveInKL BY STAIL.MY

Kejayaan dan populariti penyanyi muda asal El Paso, Texas ini tidak boleh dinafikan lagi. Semuanya bermula berkat perkongsian lagu atas talian oleh Kylie Jenner di laman Snapchat. Jenner berkongsi hanya serangkap lagu dia yang bertajuk “Location” dan segalanya berubah menjadi sejarah terindah buat penyanyi lelaki generasi Z ini.

Dua tahun kemudian, album debut Khalid berjaya terjual jutaan salinan hanya di pasaran US dan dia turut tercalon untuk lima pencalonan di Grammys. Not bad for someone who’s only 19 years old at the time. Khalid bukan sesiapa, tak mempunyai sebarang pun pertalian atau latar belakang keluarga muzik di Hollywood, dia hanya remaja marhaen yang cintakan muzik.

Muzik segar dia berjaya menempah nama, menyanyi seiring dengan Lorde dan bergandingan dengan pemuzik EDM terkenal Marshmello. Malam 4 November itu dipenuhi dengan peminat-peminat muda yang membanjiri pekarangan KL LIVE. Belum pernah lagi saya melihat KL LIVE sepadat ini. Mereka tegar beratur seawal jam satu tengah hari (untuk meletak perspektif, #KhalidLiveInKL bermula 9 malam) bagi merebut kedudukan yang paling dekat dengan pentas.

Konsert ini sebenarnya terasa seperti sesi karaoke kerana penonton tahu dan tidak segan bernyanyi bersama untuk setiap lagu yang disampaikan Khalid. Mereka tahu bait-bait lirik, walaupun lagu-lagu dia yang kurang dikenali. Khalid malam itu hanya menyanyi bersahaja dengan lima penari pengiring yang licah berpusing-pusing di atas pentas.

Stail muzik Khalid malam itu lebih ceria. Dia lincah menari ke sana dan ke mari. Mungkin kerana energi dari penonton membuatkan dia gembira. Namun paling tidak disangka adalah ketika Khalid menyampaikan “Location”, ada tangan jahat yang membaling botol sesat sehingga hampir membuat Khalid terkejut semasa sedang asyik menari bersama penari. Mujur dia tak betah meneruskan persembahan dan berjaya memperlihatkan sisi positif yang sangat kuat dari penyanyi ini.

Tak menghairankan lagu-lagu dia selalu yang berunsur positif, meski lagu-lagu sedih dan bernada putus cinta. Penonton makin menggila ketika lagu “Young Dumb & Broke” disampaikan. Ia seperti manifesto penutup yang merumuskan tentang rasa cinta, jeritan emosi dan elemen positif yang kemas tersemat di sebalik segala macam kecelaruan yang membelengu generasi Z.

 

1 – Young Dumb & Broke

 

2 – Location

 

3 – SAVED

 

4 – Silence

 

5 – Coaster

 

6 – Love Lies

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE