SEARCH

7 Lagu Terbaik Di #KonsertDekadeAfganKL2018

7 Lagu Terbaik Di #KonsertDekadeAfganKL2018

Sedekad dalam industri muzik, Malaysia menjadi lokasi pertama Afgan meraikan ulang tahun ke-10 di industri seni suara menerusi #KonsertDekadeAfganKL2018. Jeritan lebih 2,000 orang penonton di Plenary Hall, KLCC Convention Centre, 4 November lalu menjadi bukti keunggulan penyanyi merangkap penulis lirik yang berasal dari Jakarta, Indonesia ini.

Konsert Afgan kali ini ternyata berbeza dari semua konsert yang pernah diadakan di Malaysia. “Konsert ini begitu peribadi bagi saya kerana ia adalah tanda penghargaan saya kepada semua peminat yang setia menyokong selama ini. Saya ingin membawa penonton secara peribadi mengikuti perjalanan karier saya di dalam industri dan berkongsi perasaan dan pengalaman selama 10 tahun bergelar anak seni. Berada begitu dekat dan intim ialah sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini,” ujar Afgan.

Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 berlangsung selama hampir 3 jam dan dimulakan dengan lagu ‘Jalan Terus’ yang memperlihatkan kemampuan vokal Afgan yang tersendiri. Kelainan susunan muzik serta persembahan vokal yang memukau berjaya membuai peminat ke dalam suasana begitu romantis, menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, “Confession No.1” (2008) hingga album “DEKADE” (2018).

#KonsertDekadeAfganKL2018 BY stail.my ruffedge

Afgan diiringi The Gandarianz menyampaian seleksi lagu hits seperti “Pesan Cinta”, “Love Again’, ‘Kunci Hati’, ‘Jodoh Pasti Bertemu’, ‘Sudah’ dan juga duet bersama kumpulan Hip Hop dan R&B Malaysia, Ruffedge menerusi lagu ‘I’ll Make Love to You’. Gandingan Afgan dan Ruffedge cukup menyegarkan halwa telinga dan penonton terasa dibuai dengan kemerduan gandingan suara magis mereka. Di samping penampilan tersebut, kumpulan yang ditubuhkan lebih 20 tahun lalu ini juga turut mempersembahkan lagu ‘Bila Rindu’ yang disambut seluruh dewan, menyanyi bersama.

Momentum konsert diteruskan dengan persembahan Afgan menerusi lagu-lagu hits sejak 2008 membuat penonton mula menari mengikut rentak lagu. Lebih 20 buah lagu dipersembahkan pada konsert ini menyaksikan rata-rata peminat menyanyi hampir kesemua lagu yang dipersembahkan. Sebaik konsert berakhir, seramai 100 orang pembeli tiket VVIP dibawa ke sesi Meet & Greet bersama Afgan.

Review #KonsertDekadeAfganKL2018 BY stail.my

#KonsertDekadeAfganKL2018 menyaksikan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Raja Permaisuri Norashikin yang berkenan mencemar duli berangkat ke konsert ini dan turut dihadiri selebiriti Malaysia dan Indonesia seperti Fazura, Laudya Cynthia Bella, Zahirah Macwilson, Putri Aisyah, Sasqia, Elvina, Sasha Saidin, Maria Tunku Sabri, Nazim Othman, Amin Hayat, Lia Natalia, Ruhainies, Zoey, Aprena Manrose, Aishah Azman dan Shalma Ainaa.

 

1 – Bawalah Cintaku

 

2 – Kunci Hati

 

3 – Ku Mohon

 

4 – Entah

 

5 – Setia Menunggu

 

6 – Bukan Cinta Biasa

 

7 – Terima Kasih Cinta

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE