SEARCH

Review: Love, Supermoon

Review: Love, Supermoon

Love-SupermoonFilem: Love, Supermoon

Pengarah: Wan Hasliza

Lakon layar: Wan Hasliza

Pelakon: Farid Kamin / Nadiya Nisaa / Anne Ngasri / Rita Rudaini / Zain

Verdik: 3.5/5

 

Selepas Rembat, Love, Supermoon meneruskan lagi feel good movie versi lokal. Saya tidak meletakkan harapan tinggi sebelum menonton filem ini  tetapi saya tahu naskhah Wan Hasliza ini pasti menjadi karya yang menghiburkan. Cuma saya tidak pasti jenis hiburan yang mahu dia tawarkan dalam filem bergenre romantik komedi ini.

Filem ini mengangkat isu persahabatan dan jalan ceritanya disusun cukup baik dengan bantuan pelakon-pelakon yang cukup berpengalaman dalam mengemudi watak mereka dengan cukup natural. Anne, Rita dan Zain adalah support system yang cukup baik dalam filem ini. Jika tidak ia akan jadi cerita cinta remaja yang lame. Watak mereka dikembangkan dengan cukup baik dan sama penting dengan watak utama.

Hasliza membawa cerita yang saya kira 80% daripada kita akan lalui. Zaman kolej, bercinta, berkahwin dan bercerai tetapi ikatan persahabatan akan terus kekal biar kadangkala ada fasa kita berpisah lama tetapi di hujung cerita kita pasti akan bertemu kembali. Kredit penceritaan, lakon layar dan kata bual yang sangat semula jadi harus diberi pada Hasliza. Semuanya dibikin cukup rencah tanpa rasa pretentious atau terlalu mencuba menjadi kelakar.

Nadiya Nisaa nyata pelakon yang baik. Transisi lakonannya sebagai budak kolej yang melangkah ke alam dewasa dan matang sebagai wanita dilakonkan dengan cukup konsistensi. Tidak ada satu hal pun yang saya kira cacat dalam filem ini untuk bergerak sebagai sebuah filem yang baik. Nanum ia tidaklah bermaksud Love, Supermoon terlalu bagus tetapi setidak-tidaknya naskhah ini bukan karya yang pretentious dan dibuat-buat. Saya menonton filem ini dan teringat gelagat kawan-kawan yang saya ada. Saya kira anda pun akan begitu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE