SEARCH

Review: Ola Bola

Review: Ola Bola

OlaBola Poster_ENFilem: Ola Bola
Pengarah: Chiu Keng Guan
Pelakon: JC Chee, Saran Kumar, Luqman Hafidz, Bront Palarae
Verdik: 3/5

Saya masuk ke panggung dengan harapan besar mahu melihat sebuah filem tempatan yang bersifat nasionalisme yang cukup tinggi. Dan ya, Chiu memberi semangat itu buat penonton dengan segala jenis momen indah yang dicipta.

Filem ini mudah sahaja sebenarnya tentang seorang broadcast journalist yang mencari skop tentang pasukan bola sepak tempatan. Filem ini juga tentang harapan dan impian sekumpulan anak muda yang mahu melihat pasukan bola sepak mereka layak ke Sukan Olimpik 1980. Mereka menang pusingan kelayakan namun kerana tahun itu beberapa negara termasuk Malaysia memboikot Sukan Olimpik mereka tidak dapat meneruskan cita-cita tersebut.

Namun dalam mencapai kelayakan itu seperti biasa bermacam-macam yang harus mereka lalui. Masalah team work, pengurusan sehingga masalah peribadi masing-masing. Mudah bukan ceritanya? Tetapi Chiu pengarah yang handal, seperti mana dia bikin The Journey dengan cantik begitu jugalah dengan Ola Bola.

Filem ini serba-serbi sempurna arahan seninya. Tiada apa yang cela – dari rekaan kostumnya, pemilihan pelakon, sub-teks, suntingan, runut bunyi dan sinematografi semuanya dibuat dengan satu pengalaman sinema yang lengkap.

Namun sebagai penonton saya kira saya perlu demand sedikit lebih dari Chiu kerana apa yang dihidangkan dalam Ola Bola sudah dijangka dan tiada elemen kejutan yang manis. Jadi saya keluar panggung dengan satu spirit nasionalisme seperti menonton dokumentari yang difiksyenkan.

Dari sudut penceritaan saya kurang puas. Nasib baik sub-plot cerita Bront yang mahu menjadi pengulas sukan menarik untuk ditonton. Jika tidak filem ini hanya ada visual yang cantik sahaja dengan story yang sudah dijangka dari awal.

Namun ia tidaklah membuatkan Ola Bola sebuah naskhah yang teruk. Ia masih menjadi filem yang sangat bagus cuma saya kurang puas. Lakonan JC Chee bagus. Dia menyempurnakan karakter Tauke yang cold dengan secukup rasa begitu juga dengan Luqman.

Overall, saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk menonton filem ini dan kita harus berterima kasih pada Chiu kerana akhirnya Malaysia punya filem tentang bola sepak. Isu yang bukan kebiasaan dan berjaya membuat Melayu gelak dengan joke Cina dan India enjoy dengan joke Melayu, vice versa. Terima kasih Chiu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE