SEARCH

Persembahan Fesyen #RizalmanForZalora2018 Diwarnai Keasyikan Tarian Bollywood Izara Aishah Yang Mempersonakan

Persembahan Fesyen #RizalmanForZalora2018 Diwarnai Keasyikan Tarian Bollywood Izara Aishah Yang Mempersonakan

Bukan main lagi dia ‘Tunjuk Taring’ semalam di pentas #rizalmanforzalora2018 . Video tarian Bollywood menghujani garis masa Instagram sebaik persembahan berlangsung. 

Acara yang dibuat bertujuan mempersembahkan koleksi baju raya Rizalman for Zalora tahun ini diberi gimik hindustan. Kain baldu hijau menutupi sebahagian Stadium Chinwoo dan digubah bagai laman siar singgahsana abad ke-13 Delhi.


Wajah mungil Izara diperindahkan oleh Khir Khalid dan rambut panjang hampir setinggi tubuhnya disiapkan oleh David Shaw daripada Hair Menu. Gadis kelahiran Johor yang mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan ini ligat dengan tarian gemalainya.

rizalmanforzalora2018
Gambar: Kaki Foto

Tidak boleh disangkal lagi bakat serba boleh Izara dalam mengekspresikan seninya. Dia graduan Seni Persembahan di Sunway University College mengadaptasi apa yang diperoleh di zaman kolej pada gerak tarian ini. 

Tidak perlu menyentuh terlalu dalam dari segi gerak tari atau maksud gerak yang rumit. Paling penting persembahan yang menggunakan lagu Ghoomar ini memukau hadirin dan boleh dikatakan berjaya untuk selebriti tempatan menjayakannya.

rizalmanforzalora2018
Gambar: Al-Fauzan Abdul Halim

Izara bersari moden serba hitam ibarat Rani Padmavati yang sedang berseronok bersama ‘Tuan Tanah’, Dato Rizalman Ibrahim yang berperan sebagai bapanya pada acara tari menari itu.

Helaian koleksi menerawang di bibir pentas hingga ke kemuncak. Boleh dikatakan ia persembahan fesyen selama kurang 30 minit yang berbaloi ditonton atau dihadiri. Setiap detik adalah momen terbaik termasuk pabila konfeti disembur, serasa di pertunjukan Dries Van Noten!

Acara turut disaksikan oleh KDYMM Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, barisan selenriti ternama antaranya Ziana Zain, Rozita Che Wan, Awal Ashaari, Scha AlYahya, Dayang Nurfaizah dan tetamu jemputan lain. Team STAIL.MY menerjah ke belakang pentas untuk menemuramah peragawati yang terlibat. Lihat InstaStory kami.

p/s : Terbayang jika Izara Aishah & Kila Fairy ‘bermadu’ membuat persembahan sehebat ini. Pasti lebih gempak!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE