SEARCH

Rocketfuel Perkenal Bakat Dunia Digital

Rocketfuel Perkenal Bakat Dunia Digital

Rocketfuel Entertainment Stail.myRocketfuel Entertainment (RE) membawa pendekatan terbaru dengan menubuhkan organisasi pengurusan bakat khusus untuk dunia digital Malaysia.

Organisasi holistik ini menawarkan barisan personaliti terkemuka dan ‘influencer’ atas talian yang berpengaruh, yang juga mempunyai jangkauan luas dan jutaan pengikut di pentas digital dan media sosial.

“Pendekatan bagi pemasaran bakat hari ini lebih bersifat fragmen. Oleh itu, RE berhasrat mengangkat strategi pemasaran ini ke satu tahap yang lebih tinggi lagi,” ucap Murali Marimuthu, Pengarah Rocketfuel Entertainment.

Rocketfuel Entertainment STAIL.MY gambar dalam

Bagi memenuhi kepelbagaian dalam perkhidmatannya, RE memecah kepada tiga bahagian pengurusan bakat yang berbeza seperti “Rocketfuel Talent”, “Rocketfuel Records” dan “Rocketfuel Networks”.

‘Rocketfuel Talent’ merangkumi barisan bintang popular Malaysia seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani, Hisyam Hamid dan Zizan Razak serta lebih 100 personaliti televisyen dan radio Astro.

‘Rocketfuel Records’ sebagai label muzik persendirian yang membariskan penyanyi terkenal seperti Hafiz Suip, Stacy, Hazama, Syamel, Bil Musa dan youtubers, Chaleeda Gilbert.

Yang terakhir, ‘Rocketfuel Network’ pula bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan digital dan fenomena tular di atas talian.

Akademi bakat ini bukan sahaja bertujuan melatih, malah memperkembangkan bakat-bakat di bawah naungan RE untuk beraksi di persada tempatan dan antarabangsa.

Kandungan media dan digital bakat-bakat RE dianggarkan melebihi 36 juta jaukauan, lengkap dengan pelbagai segmen seperti fesyen, kecantikan, gaya hidup, muzik dan sebagainya.

Layari http://www.rocketfuelent.com/ untuk maklumat lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE