SEARCH

Sara Sajeeda: Cinta Tiz Zaqyah Milik Pemuda Pakistan?

Sara Sajeeda: Cinta Tiz Zaqyah Milik Pemuda Pakistan?

Sekarang saya sudah mendapat perhatian kamu, sebenarnya saya ingin bercerita tentang drama terbaharu di TV3 berjudul Sara Sajeeda lakonan Tiz Zaqyah sebagai Sara yang bercinta dengan pemuda Pakistan bernama Fawaad (Arslan Asad Butt). Sara Sajeeda bakal menyingkap dilema cinta dan konflik keluarga dari dua budaya berbeza.

Apabila Sara nekad mencari calon suaminya sendiri kerana tidak mahu bersama dengan pilihan hati bapanya, dia tidak menyangka bahawa lelaki yang dicintainya itu menyimpan suatu rahsia. Bagaimanakah Sara menerima hakikat itu?

Konflik cinta dua dunia berbeza ini menampilkan pelakon-pelakon dari dua negara, Malaysia dan Pakistan seperti Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch sebagai pemeran utama. Drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti seperti Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shaharuddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad dan Haliza Misbun.

Sara Sajeeda: Tiz Zaqyah

SINOPSIS SARA SAJEEDA – CINTA ANTARA 2 BUDAYA BERBEZA

Sara (Tiz Zaqyah), seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang dipaksa oleh bapanya, Ismadi (Shaharuddin Thamby) untuk berkahwin dengan menantu pilihan, Megat (Fahrin Ahmad), seorang peguam berstatus tinggi yang diyakini mampu membahagiakan Sara.

Namun begitu, Sara memutuskan hubungan mereka yang terjalin selama empat tahun itu akibat tidak tahan dengan sikap Megat yang terlalu mengikut arahan bapanya tanpa mempunyai pendirian sendiri. Megat tidak pernah menyerah kalah dan bekerjasama dengan Ismadi untuk memenangi hati Sara semula.

Fawaad (Arslan Butt) pula jejaka Pakistan yang ditawarkan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Fawaad tersepit antara mengutamakan keluarga atau kerjaya. Akhirnya, dia memilih untuk memulakan kehidupan baru di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sara Sajeeda: biodata Arslan Asad ButtPertemuan antara Sara dan Fawaad menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka berdua. Sara ingin memperkenalkan Fawaad sebagai calon suami. Malangnya, Fawaad dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda keluarganya di Pakistan, memaksa dia pulang ke negara asalnya itu. Semasa itu, Sara berasa tertipu kerana dia gagal menghubungi kekasih barunya itu.

Kembalinya Fawaad ke kampung halaman, dia mendapati keluarganya itu sebenarnya membuat persiapan perkahwinan untuknya. Fawaad rasa tertipu. Walaupun menolak pada mula, Fawaad akur dengan keputusan itu atas faktor budaya dan kasihan dengan nasib Sajeeda (Anmol Baloch) yang kehilangan orang tuanya dalam kejadian tanah runtuh akibat gempa bumi tersebut.

Setelah pulang ke Malaysia, Fawaad mula berbelah bahagi apabila Sara mengakui dia jatuh cinta dengan dirinya dan Fawaad pun merasa perkara yang sama. Sedangkan dia sudah bergelar suami orang, berkahwin dengan Sajeeda tanpa rasa cinta melainkan belas ihsan.

Akhirnya, dia merahsiakan perkahwinan itu demi menjaga cinta Sara dan bersedia untuk mengahwini Sara, meskipun tidak direstui Ismadi. Sejurus berkahwin, Sara dapat menghidu kelakuan Fawaad yang seakan menyembunyikan sesuatu. Fawaad pula kerap menerima panggilan daripada ‘seseorang’.

Sinopsis Sara Sajeeda: Cinta Tiz Zaqyah Milik Pemuda Pakistan?

Mampukah Fawaad berterus terang? Dapatkah Sara menerima kenyataan yang dia sebenarnya isteri kedua? Apakah nasib si yatim piatu, Sajeeda? Apa strategi megat bagi mendapatkan sara semula?

Semuanya bakal terjawab di Sara Sajeeda. Kaki drama yang sukakan kisah berunsur kekeluargaan dan cinta tiga segi ini boleh menyaksikan pada tiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda di TV3.

Sara Sajeeda: Cinta Tiz Zaqyah & Arslan Asad Butt

Sara Sajeeda: Tiz Zaqyah

Sara Sajeeda : Anmol Baloch

Sara Sajeeda: Tiz Zaqyah & Arslan Asad Butt

Sara Sajeeda: Tiz Zaqyah

Sara Sajeeda: Tiz Zaqyah & Arslan Asad Butt

Pelakon Sara Sajeeda : Alif Muhaimin

Poster Sara Sajeeda: Tiz Zaqyah & Arslan Asad Butt & Anmol Baloch

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE