SEARCH

‘Selamat Tinggal Masa’, Satukan Syamsul & Black

‘Selamat Tinggal Masa’, Satukan Syamsul & Black

Tidak sah sesebuah filem sekiranya tidak disertakan dengan runut bunyi sebagai salah satu cara promosi. Dengan itu, antagonis KL Special Force sendiri, Syamsul Yusof bergabung bersama penyanyi bersuara lantang, Black Hanifah untuk Selamat Tinggal Masa.

Ramai juga yang bercakap tentang filem terbaru terbitan Skop Production arahan Syafiq Yusof, KL Special Force ini. Garapan yang dianggap setanding filem Hollywood ini telah merekod jualan pecah panggung 6.3 juta dalam masa hanya 7 hari tayangan.

Berbeza sebelumnya, Syamsul lebih banyak bekerjasama dengan Mawi dalam sesebuah lagu. Idea untuk kolaborasi antara Syamsul dan Black telah pun dirancang sejak awal 2017 dan terlaksana melalui ‘Selamat Tinggal Masa’.

Sudah mulai sohor kini di laman Youtube sejak kali pertama dikeluarkan, kekuatan ‘Selamat Tinggal Masa’ sarat dengan mesej positif dan menjadi faktor utama ia diterima ramai. Warga net turut memberikan komen-komen positif tentang lagu dan kolaborasi terbaru tersebut.

Lagu ciptaan sendiri oleh Syamsul Yusof ini turut mendapat sentuhan lirik daripada sepupunya, Dr. Anwar Fazal yang turut menulis bersama untuk lagu-lagu hits seperti “Kalah Dalam Menang”, “Senorita” dan “Bukan Propaganda”.

Selamat Tinggal Masa mendapat terbitan dan edaran Monkey Bone dan sudah boleh dilayari di laman YouTube rasmi dengan jumlah tontonan mencecah lebih 500,000 (setakat artikel ini ditulis). Juga terdapat di platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, KKBox, Joox, Raku , Younder dan Deezer.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE