SEARCH

‘Semalam Sahur Di Mana’ Taruhan Tular Baru Andi Bernadee

‘Semalam Sahur Di Mana’ Taruhan Tular Baru Andi Bernadee

Mula mencuri perhatian peminat menerusi nyanyian parodi lagu “Tak Tun Tuang” yang pernah tular pada penghujung tahun lalu, Andi Bernadee kini tampil dengan single khas terbaru sempena Ramadan berjudul Semalam Sahur Di Mana.

Jika sebelum ini Andi mendendangkan lagu berentak balada menerusi single pertamanya “Tiada Lagi Maaf”, ‘Semalam Sahur Di Mana’ pula menyaksikan kali pertama Andi cuba membawakan lagu berentak hip hop.

Istimewanya, ‘Semalam Sahur Di Mana’ adalah percubaan Andi untuk mengangkat tema ibadah sahur sempena bulan Ramadan yang sedang berlangsung,

“Selalunya masa menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan kita selalu fokus kepada waktu berbuka puasa, seperti mahu makan apa? Atau mahu berbuka di mana?. Namun kali ini saya ingin membawa kelainan dan menekankan tentang kepentingan waktu sahur pula.

Agar waktu sahur itu sama meriah dengan waktu berbuka puasa. Lagi pun lagu ini catchy, sesuai digunakan untuk menjadi bahan usik kawan-kawan,” jelas Andi di sidang media sesi beramah mesra bersama Andi Bernadee dan Roy Ricardo anjuran Warner Music Malaysia.

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on

‘Semalam Sahur Di Mana’ sebenarnya ialah rakaman semula (cover) kepada lagu asal nyanyian dan ciptaan penyanyi rap terkenal Indonesia, Roy Ricardo iaitu “Semalem Bobo Dimana”.

Bagi memastikan single ini diterima baik oleh peminat di Malaysia, susunan muzik ‘Semalam Sahur Di Mana’ diberi nafas baru oleh Ikhwan manakala lirik pula digubah semula oleh Omar K.

“Melalui lagu asal, muzik Roy lebih kepada rentak EDM tetapi kami ubah semula lagu ini agar sesuai dengan citarasa peminat muzik tempatan dan lirik pula sesuai dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia,” jelas Omar K.

Semalam Sahur Di Mana Andi Bernadee STAIL.MY 1
Roy Ricardo

 

Sedikit informasi tentang Roy Ricardo. Namanya mula terkenal di industri muzik Indonesia setelah lagu pertamanya ‘Semalam Bobo Dimana’ tular kerana lirik dan melodi lagu yang asyik dan lucu. Roy Ricardo mengawali karier sebagai penyampai radio sebelum bergelar penyanyi.

Buat masa ini, Roy sedang sibuk mempromosikan lagu studio kelapannya yang bertajuk “Cantik Cantik Woof” dan berharap agar diterima pula dan menembusi pasaran muzik Malaysia.

Semalam Sahur Di Mana boleh didapati di semua pelantar digital atas talian seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan Apple iTunes.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE