SEARCH

‘Semua Sudah’, Tiba Masa Elizabeth Tan Kembali Bangkit

‘Semua Sudah’, Tiba Masa Elizabeth Tan Kembali Bangkit

Baru sahaja melancarkan Police Entry pada Julai lalu dan kejayaan video muziknya yang menjana lebih 9 juta tontonan di Youtube, kini momentum karier nyanyian Elizabeth Tan bakal dihangatkan lagi dengan single terbarunya Semua Sudah.

‘Semua Sudah’ adalah ciptaan komposer, penerbit dan rapper Alif, manakala lirik pula nukilan bersama Alif dan penyanyi yang senang disapa dengan panggilan Lizzy ini sendiri.  Ini adalah pertama kali Lizzy bekerjasama dengan Alif yang sebelum ini menghasilkan banyak lagu hits untuk penyanyi seperti Kaka Azraff, Zizan Razak, De Fam dan Joe Flizzow.

Alif yang dikenali ramai menerusi gaya tersendiri dalam rentak ciptaannya, menggubah ‘Semua Sudah’ dengan menyuntik elemen kontemporari dan rentak hip hop yang catchy. Ditambah lagi dengan melodi yang mesra radio dan bait-bait lirik yang menggunakan bahasa yang mudah diingati, ‘semua sudah’ dijangka bakal mencuri dan mengikat perhatian pendengar.

Melalui video teaser yang dikongsi Lizzy menerusi akaun Instagramnya, rata-rata peminat memberi respon yang positif dan teruja menantikan lagu ini dilancarkan sepenuhnya nanti. Pemilik nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei yang sedang rancak mengukir namanya dalam bidang lakonan ini turut menyifatkan ‘Semua Sudah’ adalah lagunya yang paling digemari.

Sementara itu, rakan artis Alvin Chong juga turut mengeluarkan single terbaru yang berjudul Tajam. Lagu ini adalah cubaan pertama Alvin untuk mencuba pasaran lagu yang berentak upbeat. Tidak kisah dilabel ‘peniru’ lagu-lagu k-pop, Alvin optimis dengan ‘Tajam’ yang memerlukan dia berdansa rancak mengikut rentak lagu. ‘Tajam’ adalah ciptaan Audi Mok dan penulis lagu merangkap penyanyi muda, Naim Daniel.

Semua Sudah dan Tajam boleh didengarkan di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE