SEARCH

Interchange Lakonan Shaheizy Sam, Nicholas Saputra & Iedil Putra Pertaruhan Terbaru Dain Said

Interchange Lakonan Shaheizy Sam, Nicholas Saputra & Iedil Putra Pertaruhan Terbaru Dain Said

Bunohan menjadi satu anjakan dalam sinema tempatan yang keluar daripada kepompong tipikal filem Melayu ketika ditayangkan pada 2012. Selepas itu pengarahnya, Dain Said sepi daripada karya-karya baru. Berita baik tentang Interchange, filem terbaru arahannya ini kami pasti sudah menjadi buah mulut sejak tahun lalu lagi. Akhirnya, filem ini bakal berlegar di pawagam tempatan tidak lama lagi.

Apa yang mengujakan kami tentang naskhah terbaru Dain Said ini selain hampir pasti dengan garapan luar biasanya, tentu sahaja kami tak sabar mahu melihat kolaborasi pelakon hebat tempatan dan Indonesia yang ditampilkan dalam filem ini.

Shaheizy Sam, Nicholas Saputra dan Iedil Putra – tiga nama besar dalam bidang perfileman serantau disatukan bersama nama besar lain seperti Prisia Nasition, Nadiya Nisaa, Alvin Wong dan Junad M.Nor.

Selain bertindak sebagai pengarah, Dain Said turut menulis lakon layar filem ini bersama tiga nama besar penulisan iaitu June Tan, Nandita Solomon dan Redza Minhat.

interchange-stailmy1
Dain Said bersama Shaheizy Sam di penggambaran Interchange. Gambar: Facebook Interchange.

SINOPSIS
Interchange membawa kisah seorang jurugambar forensik bernama Adam. Rencam kerjayanya melihat mangsa-mangsa tidak berdosa dibunuh menemukan dia dengan Detektif Man yang sedang melakukan siasatan terhadap beberapa siri pembunuhan mengerikan di Kuala Lumpur.

Sewaktu menyiasat satu kes pembunuhan mengerikan, Adam bertemu seorang gadis bernama Iva. Persahabatan dijalin memberi satu harapan baru dalam hidup Adam selepas mereka jatuh cinta.

Konflik muncul apabila Iva mendedahkan dia adalah bomoh berasal dari Borneo yang sedang mencari jati diri suku kaumnya yang telah terperangkap dalam kaca negatif selama 100 tahun. Adam membantu Iva dalam usahanya untuk mati dalam keadaan tenang. Hal ini membawa Adam ke dunia Iva yang cukup gelap.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE