SEARCH

Saksikan Shane Filan & Fazura Di Elmina Lakeside Concert Secara Percuma!

Saksikan Shane Filan & Fazura Di Elmina Lakeside Concert Secara Percuma!

Sime Darby Property bakal menganjurkan konsert tasik pertama di Bandar Elmina – Elmina Lakeside Concert yang bakal berlangsung pada 19 Januari 2019 di Elmina Central Park dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

Konsert percuma yang terbuka untuk kunjungan ramai ini adalah bersempena meraikan penduduk Bandar Elmina iaitu bandar dan perumahan yang baru dibuka di sepanjang Lebuhraya Guthrie. Ia bandar yang pernah memenangi anugerah bandar berprestij di Shah Alam dengan mempromosi dan mengutamakan gaya hidup dan kesihatan.

Acara akan bermula pada jam 5:30 petang dengan pelbagai permainan dan aktiviti menarik untuk keluarga seperti belon udara panas, pertunjukan api (fire-eater), Cinema 12D, halangan kembung dan trak makanan. Konsert pula dijadualkan bermula pada jam 8 malam.

Paling istimewa, penampilan Shane Filan (Westlife) akan bergandingan bersama Fazura di atas pentas yang sama. Penganjur akan mengumumkan seorang lagi penyanyi misteri yang bakal bersama-sama Shane dan Fazura di konsert tersebut dalam masa terdekat.

 

Terdahulu, Shane yang meneruskan perjalanan muzik sebagai penyanyi solo selepas Westlife dibubarkan, direncana akan mempersembahkan lagu terbarunya, di samping koleksi lagu-lagu hit Westlife. Seperti yang semua tahu, Fazura berjinak dalam bidang nyanyian bermula tahun lepas dan baru sahaja melancarkan FAZURA!, album pertamanya di bawah label Universal Music Malaysia.

Konsert ini juga bertujuan sebagai perasmian pembukaan 36 ekar pertama dari 300 ekar kawasan Bandar Elmina. Kawasan ini turut menjadi lokasi bagi pembinaan Taman Permainan Inklusif (Inclusive Playground) pertama di Malaysia yang dijangka siap pada separuh penggal pertama 2019.

Pengurus Besar Sime Darby Property, Appollo Leong berkata, “Bandar Elmina akan terus mendahului dalam perkembangan komuniti dengan menekankan pembangunan yang mampan, mengutamakan kesihatan dan mencipta persekitaran yang seimbang untuk komuniti bandar yang sihat. Kami bercita-cita meletakkan bandar ini berkelas dunia yang mampu membawa kemampanan, kesihatan dan kehidupan yang baik malah menjadi tanda aras kepada pembangunan bandar yang lain,” ujarnya.

Elmina Lakeside Concert dibawakan secara eksklusif oleh Sime Darby Property dan dianjurkan oleh Universal Music Malaysia dengan kerjasama MIX dan MY sebagai rakan media rasmi. Tiket percuma boleh ditebus di www.simedarbyproperty.com/elmina-concert (tertakluk pada terma dan syarat).

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE