SEARCH

Shawn Mendes Paling Menyerlah Di MTV EMA 2017

Shawn Mendes Paling Menyerlah Di MTV EMA 2017
Shawn Mendes STAIL.MY
Shawn Mendes menerima trofi “Artis Terbaik” MTV EMA 2017

 

Shawn Mendes mengukuhkan kedudukan tangga A-list Hollywood dengan memenangi tiga anugerah MTV EUROPE MUSIC AWARD (EMA) 2017 di SSE Arena, Wembley, London, England.

Pada sudut yang lain, Eminem membuat penampilan kembali yang cukup dramatik manakala Taylor Swift pula pertama kali tidak hadir ke MTV EMA. Tay Tay seperti terhidu tidak akan membawa pulang sebarang trofi pada malam itu.

Memang tidak disangkal lagi Shawn Mendes yang paling menyerlah, menarik perhatian dan mendapat teriakan yang berterusan tiap kali namanya dipanggil.

Shawn Mendes adalah penyanyi lelaki pertama bawah 20 tahun yang berjaya merangkul anugerah utama, “Artis Terbaik” MTV EMA 2017. Dia juga membawa pulang “Lagu Terbaik” menerusi ‘There’s Nothing Holdin’ Me Back’ dan anugerah khas, “Peminat Teramai”.

Dia memberi penghormatan kepada penyanyi senior lain yang turut bertanding termasuk Ed Sheeran, Taylor Swift dan Miley Cyrus, “Mereka artis yang saya kagumi sepanjang hidup saya,” ujar Shawn Mendes.

“Untuk mendapat pencalonan bersama di samping mereka pun sudah cukup membanggakan!” ujar Shawn mendes yang baru sahaja mencecah 19 tahun ini.

Berselari dengan keputusan MTV awal tahun ini juga, tiada lagi kategori untuk lelaki dan wanita untuk MTV EMA 2017 pertama yang membuang kategori jantina ini.

Bersama Mendes, nama-nama yang menang besar malam itu termasuk Eminem yang membuat persembahan langsung sejak sekian lama dalam hiatus. Dia mempersembahkan lagu terbaru bertajuk “Walk On Water”, ditemani tetali okestra dan bunyian piano. Penyanyi rapper berpengaruh ini pulang dengan trofi “Artis Hip-Hop Terbaik”.

MTV EMA 2017 ditutup dengan David Guetta yang mempersembahkan “Dirty, Sexy, Money” bersama French Montana dan Charli XCX.

Berikut senarai pemenang MTV EMA 2017 mengikut kategori masing-masing:

 


ARTIS TERBAIK
Shawn Mendes
LAGU TERBAIK
Shawn Mendes
"There's Nothing Holdin' Me Back"

LOOK TERBAIK
Zayn Malik
ARTIS BARU TERBAIK
Dua Lipa

POP TERBAIK
Camila Cabello
VIDEO TERBAIK
Kendrick Lamar, "HUMBLE."
LIVE TERBAIK
Ed Sheeran

HIP-HOP TERBAIK
Eminem
ROCK TERBAIK
Coldplay 
EDM TERBAIK
David Guetta


ALTERNATIF TERBAIK
Thirty Seconds to Mars
WORLD STAGE TERBAIK
The Chainsmokers
Live From Isle of MTV Malta 2017

MUZIK TERBAIK
Rita Ora
PEMINAT TERAMAI
Shawn Mendes


IKON GLOBAL
U2

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE