SEARCH

SH/FT – Pameran Seni Oleh 42 Artisan Gen Baru Malaysia

SH/FT – Pameran Seni Oleh 42 Artisan Gen Baru Malaysia

SH/FT adalah pameran seni visual kontemporari yang menampilkan lebih 170 karya seni dari 42 artisan bebas generasi baru di Malaysia. Ia bertujuan memupuk minat dan penghargaan terhadap seni tempatan di kalangan generasi muda anjuran CENDANA, berlangsung hingga 11 Ogos 2019 di White Box dan Black Box, MAPKL @ Publika.

SH/FT – Pameran Seni Oleh 42 Artisan Gen Baharu Malaysia oleh STAIL.MY

SH/FT bermatlamat untuk meningkatkan profil mereka dan bidang kesenian tempatan dengan menyediakan satu platform bagi mereka mewujudkan kesedaran, di samping mempamerkan dan menjual karya seni unik mereka kepada pengumpul berpotensi serta khalayak ramai.

Selaras dengan usaha berterusan CENDANA untuk memartabatkan seni, mempromosi dan mendidik masyarakat tentang seni, pameran ini akan memberi tumpuan pada topik-topik yang penting untuk Malaysia hari ini dan juga esok hari.

SH/FT fokus kepada PERUBAHAN melalui 3 tema iaitu SH/FT <Identiti>, SH/FT <Teknologi> & SH/FT <Budaya Pop>

Garis (Tsa Meera)

 

Pameran ini terbuka kepada orang awam secara percuma. Ia menampilkan karya seni merentasi pelbagai medium termasuk lukisan, cetakan, instalasi seni, audio visual dan seni persembahan. SH/FT menjemput kamu menguji pemahaman tentang seni melalui tafsiran artis-artis tersebut di pameran seni ini.

SHIFT dilancarkan secara rasmi oleh YBhg Dato’ Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu & Nusantara Kumpulan Kandungan Astro serta Ahli EXCO CENDANA. Dia menegaskan kepentingan pameran seni seperti SHIFT bukan sahaja mengiktiraf bakat seni tempatan, malah memacu sektor kreatif sekaligus menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

“Sektor seni dan budaya adalah pemacu ekonomi yang amat transformatif serta memberikan fokus kepada pembangunan yang berteraskan insaniah, penyediaan pekerjaan dan penjanaan pendapatan. Justeru, kami memerlukan inisiatif-inisiatif seperti SH/FT bagi menyokong ekosistem seni yang semakin bertumbuh, di samping menghubungkan artis tempatan dengan masyarakat umum serta merangsang permintaan terhadap karya seni tempatan,” ucap YBhg Dato’ Khairul Anwar Salleh.

 

Lukisan Memori Penting (Anas Afandi)

 

SH/FT adalah satu usaha berasaskan kontemporari, yang menyumbang kepada kesinambungan artis-artis yang bergerak bebas atau berdikari, berkumpulan mahupun persatuan-persatuan seni yang memerlukan pentas untuk mempamerkan hasil karya seni mereka kepada khalayak ramai.

“Kami berhasrat untuk meneruskan kerjasama rapat dengan artis-artis tempatan bagi melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang terkenal dengan seni serta meletakkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar budaya yang kreatif,” kata Izan Satrina Mohd Sallehudin, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas CENDANA.

Dari April hingga Mei 2019, CENDANA menerima lebih 90 penyertaan daripada 80 artisan bebas tempatan. Karya-karya seni yang disenarai pendek adalah berdasarkan keunikan dalam menzahirkan tema-tema SH/FT.  SH/FT diilhamkan oleh CENDANA dan diketuai oleh satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang kurator; Sharmin Parameswaran, kurator bebas, Nur Hanim Mohamed Khairuddin, kurator bersekutu Singapore Biennale 2016 dan James Ly, pengasas bersama ruang alternatif, Minut Init.

 

Pink Head_ White Dice (Sanker Ganesh)

 

Artisan bebas yang mengambil bahagian termasuk Ajim Juxta, Alias Mat, Alya Hatta, Amar Shahid, Ammar Idris, Anas Afandi, Azarikh, Blank Malaysia, Cristjen Lai, Emir Nazren, Fauzan Fuad, Fizrie Azhan, Haris Rashid, I-Ling, Jack Yong, Kara Inez, Khairul Zariq, Kua Chia Chi, Lai Chang Shiang, Lee Mok Yee, LimJing, Lith Ng, Mark Tan, Max Jala, Mohsin Aminuddin, Myra Myn, Nabihah Haiyee, Ng Kim Peow, Nicholas Choong, Rico Leong, Sanker Ganesh, September Khu, Seven Sans Set & Foie, Sheila Samsuri, Tsa Meera, Sophia Kamal, Syazana Afrina, Tajrin Fariqi, Tomi Heri, Victor Khoo, Wong Xiang Yi, Yati dan Zariq Zin.

Sebahagian besar karya-karya seni yang dipamerkan adalah baharu dan dihasilkan khas sempena SH/FT.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE